Bukan sahaja ibu mangsa, orang ramai yang melihat video tular yang memaparkan bayi didera oleh beberapa individu yang diberi amanah menjaga keselamatan anak-anak kecil ini turut berasa marah.
Ibu kepada seorang bayi yang didakwa menjadi mangsa penderaan di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Desa Petaling memaklumkan anaknya kini mengalami trauma serius akibat kejadian berkenaan.
“Sekarang dia trauma. Kalau orang cakap kuat sikit, dia akan menangis, dia mesti terkejut dan menangis.
“Dia trauma. Dia tak boleh dengar suara kuat,” katanya.

Menurut sumber Buletin TV3, ibu mangsa yang berusia 29 tahun itu berkata, dia mula menyedari sesuatu yang tidak kena pada anaknya, apabila kanak-kanak berusia enam bulan itu kelihatan tidak bermaya dan kurang memberi tindak balas.
“Pada 15 Disember saya hantar anak saya, kemudian petang saya ambil dia dalam keadaan seperti lemau. Biasa saya ambil, dia senyum macam bagi respon dekat saya.
“Tetapi pada hari itu, dia tak respon. Lepas tu balik rumah, saya bagi dia mainan pun dia tak nak main. Kemudian saya minta suami saya mandikan dia, masa tu nampak lebam dekat badan dia,” katanya menceritakan kejadian itu.
Artikel berkaitan: Tular Video Dera Bayi Di Pusat Asuhan: Seorang Wanita Ditahan Selepas Polis Terima 3 Laporan
Artikel berkaitan: “Anak saya bukan anak patung” – Ibu Kongsi Rakaman CCTV Di Taska, Dedah Anak Usia 6 Bulan Dider* Pengasuh
Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka anaknya menjadi mangsa penderaan memandangkan anaknya itu telah hampir empat bulan dihantar ke TASKA terbabit tanpa sebarang masalah sebelum ini.
Susulan kejadian itu, dia tidak teragak untuk mengambil tindakan tegas ke atas pelaku dan TASKA berkenaan.
“Saya memang akan saman pihak TASKA itu. Saya nak keadilan untuk anak saya sebab dia dah sampai trauma macam tu. Kalau boleh tutup TASKA tu, tutuplah. Saya tak nak bayi-bayi lain pun kena,” ujarnya.
Setakat ini, polis mengesahkan seorang pengasuh telah ditahan berhubung kes penderaan bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di TASKA berkenaan.
Sumber: Buletin TV3

3 days ago
15
















![[VIDEO] Anggota Komando Pat*h Tulang Rusuk Selepas Terjatuh Ketika Aktiviti Payung Terjun](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/ft-komando.jpg)














:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















