Syaz Ft 2026 03 05T131621.123

Industri tenusu negara diselubungi duka susulan pemergian Jacob Mathan, Pengarah Ladang Farm Fresh, yang terkorban dalam nahas helikopter di Filipina baru-baru ini. Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal (Bos Susu), dalam satu hantaran hiba menyifatkan Jacob sebagai permata industri yang tidak galang gantinya.

Memulakan kerjaya sebagai pelajar praktikal pada tahun 2013, Jacob telah membuktikan dedikasi luar biasa di bawah bimbingan Azmi dan Loi Tuan Ee. Menurut Azmi, kemahiran Jacob berkembang pesat sehingga beliau mampu memimpin pasukan seramai 400 orang dan mengendalikan urusan besar dengan jabatan kerajaan.

Artikel berkaitan: Helikopter Terhempas, Pengarah Ladang Farm Fresh M*ut Ketika Lawatan Di Filipina

Artikel berkaitan: Bos Susu Kongsi Farm Fresh Kini Bekalkan Susu Ke Kemboja, Krisis 2 Negara Buka Peluang Lebarkan Sayap

“Jacob goreng lagi hebat dari kita beb… kalau kita polish lagi, dia boleh jadi kita punya next CEO,” kongsi Azmi teringat perbualannya bersama Loi suatu ketika dahulu.

Ladang Farm Fresh di Taiping dikatakan merupakan hasil kerja tangan Jacob sepenuhnya dari “A hingga Z”, membuktikan kehebatan anak muda ini dalam bidang pengurusan ternakan dan tenusu.

Dalam pada itu, satu detik menyayat hati dikongsi Azmi apabila beliau menemani isteri Jacob, Amy, terbang ke Manila. Meskipun dalam kedukaan, Amy digambarkan sebagai seorang wanita yang sangat kental.

Melihat foto terakhir mendiang selepas kemalangan, Amy hanya mengalirkan air mata sambil berkata, “He’s so handsome.” Malah ketika menatap jasad suaminya buat kali terakhir, beliau kekal tenang sambil mengusap dahi lelaki yang dicintainya sejak zaman universiti itu.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.