“Saya tak pernah kata hukuman tidak perlu” – Menteri Agama Respon Kecaman ‘Pandang Sebelah Mata’ Isu Pijak al-Quran

6 hours ago 4

Ketika orang ramai sedang marah tentang isu seorang pemuda memijak al-Quran, timbul pertikaian apabila ada yang mula bertanya tentang peranan kerajaan dalam membendung isu ini.

Terpanggil dengan kecaman tersebut, Menteri Agama, Senator Dr. Zulkifli Hasan tampil memberikan respon. Menerusi Facebook miliknya, Dr. Zulkifli Hasan menegaskan bahawa dirinya tidak pernah mengatakan hukuman terhadap pelaku adalah tidak perlu.

Artikel berkaitan: Ini Sebab Kenapa Timbalan Menteri Agama Mahu Istilah ‘LGBT’ Digantikan Dengan ‘Budaya Songsang’

Artikel berkaitan: Video Masakan Cottage Pie Dipertikai ‘Tak Authentic’ Oleh Netizen, Dapur Che Sayang Tampil Bagi Respon

“Saya tidak pernah berkata hukuman tidak perlu”

Katanya, berdasarkan kenyataannya sebelum ini, ia disampaikan dalam konteks dakwah dengan cara mengajar dan berhikmah, tetapi beliau sama sekali tidak pernah menolak untuk menjatuhkan hukuman terhadap pelaku.

“Cuba teliti video penuh temubual saya, tanpa membaca tajuk berita yang sengaja disensasikan.”

“Saya tidak pernah berkata hukuman tidak perlu. Saya tegaskan, tindakan telah diambil dan kita serahkan kepada pihak berkuasa (SKMM dan PDRM) mengikut lunas undang-undang.”

“Saya juga sebut menghina Al-Quran memang menyakitkan hati umat Islam.
Namun dalam konteks dakwah, saya menyeru pendekatan mengajar dan berhikmah – bukan menolak hukuman.”

 647349894 122272371656177287 3582440865308432078 N

“Hikmah dan mendidik ini adalah ditujukan untuk masyarakat di luar – khususnya generasi tunas, untuk mengelakkan perkara sama terus berulang pada masa depan. Ini yang saya maksudkan dengan pendidikan. Bukan menolak hukuman kepada penghina Islam tersebut.”

Di samping itu, beliau juga menegaskan bahawa dua badan penguatkuasa iaitu SKMM dan PDRM sedang berusaha keras untuk memastikan pelaku itu dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Malah, ada juga yang memfitnah dengan menggunakan gambar kes lain dan merujuknya  sebagai kes memijak al-Quran itu.

Sebelum ini, Menteri Agama, Dr Zulkifli Hasan mengatakan bahawa pihaknya memandang serius mengenai kes pelajar yang menghina agama Islam di media sosial sehingga mengundang kemarahan orang ramai ketika ini.bTegas beliau, perbuatan itu telah menggores maurah umat Islam terutamanya di bulan Ramadan ini.

Sumber : Facebook, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |