Lelaki warga tempatan berumur 44 tahun dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan rabies di Kota Samarahan, Sarawak pada 25 Februari lalu, menjadikan ia adalah kes kematian pertama direkodkan tahun ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata, sejak wabak rabies diisytiharkan pada 2017, sebanyak 91 kes telah dilaporkan di negara ini dengan 84 daripadanya melibatkan kematian, sekali gus menunjukkan kadar kematian yang amat tinggi, iaitu sekitar 93 peratus.
Tambahnya lagi, siasatan mendapati mangsa tidak ada sejarah digigit haiwan, namun dia gemar memberi makan anjing liar serta memelihara kira-kira 15 ekor anjing dengan seekor daripada itu dilaporkan mati secara mengejut pada awal Februari.

Hal itu katanya merupakan peringatan buat semua bahawa jangkitan rabies tidak semestinya berpunca daripada gigitan yang jelas. |
Beliau berkata lagi, jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan rapat, cakaran atau ketika mengendalikan bangkai haiwan yang dijangkiti, tanpa perlindungan sesuai.
Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan pendekatan ‘One Health’ yang mengiktiraf bahawa kesihatan manusia, haiwan dan persekitaran saling berkaitan.

Dzulkefly juga menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah pencegahan segera termasuk mencuci luka gigitan atau cakaran dengan air mengalir serta sabun sekurang-kurangnya 15 minit.
Artikel berkaitan : Malaysia Kekal Bebas Virus Nipah, Tingkat Kesiapsiagaan Kawal Risiko
Artikel berkaitan : Tular Video Individu Masukkan Kucing Dalam Guni, DVS Ambil Keterangan Pelaku
Tambahnya lagi, mereka juga dinasihatkan untuk mendapat rawaran Post-Exposure Prophylaxis (PEP) dengan segera, pastikan haiwan perliharaan divaksin setiap tahun serta elak mengendalikan haiwan liar yang diragui status vaksinasinya.
Dalam pada itu, orang ramai diminta melaporkan kematian haiwan yang mencurigakan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) atau pihak berkuasa tempatan dengan kadar segera.
Sumber : Bernama

5 hours ago
2































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















