Tular sebelum ini kisah seorang wanita Malaysia, Lily Suraini, yang terkandas bersama keluarganya akibat banjir besar di Hatyai, Thailand, sehingga terpaksa merayu bantuan orang ramai untuk mendapatkan susu dan lampin pakai buang untuk dua anak kecilnya.
Terbaharu, Lily memaklumkan melalui satu hantaran di Facebook bahawa mereka sekeluarga sudah menerima bantuan makanan, susu, pampers dan turut berjaya mengecas telefon selepas hotel tempat mereka menginap mengalami gangguan elektrik.
Dalam perkongsian itu, Lily meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada mereka yang tampil membantu.
“Terima kasih atas bantuan. Kami dah dapat susu, pampers dan makanan. Terima kasih banyak kepada hamba Allah yang ramai membantu kami… dan dah dapat cas fon dah.”
Namun, Lily turut mendedahkan bahawa dia menerima banyak kecaman selepas kisahnya tular.
“Ramai yang maki saya sebab menyusahkan orang, kata saya scammer, cari followers… saya mohon maaf atas segalanya. Saya tak sangka ramai akan share status saya.”
Tangkap layar hantaran Lily di media sosial yang memaparkan keadaan banjir di Hatyai.Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Yang Terkandas di Hatyai Diminta Hubungi Pejabat Konsulat Jeneral Untuk Bantuan
Artikel berkaitan: Hatyai Dilanda Banjir, Pelancong Malaysia Diminta Elak ke Selatan Thailand
Menurutnya, sejak perkongsiannya mula mendapat perhatian, beberapa pihak termasuk halaman Facebook Malaysia dan Thailand serta komuniti pelancongan mendapat tekanan untuk membantu keluarganya.
“Saya, Lily Suraini, memohon maaf atas segala kesulitan ini. Saya tak sangka perkara ini akan berlaku.”
“Saya akan berhenti update apa-apa dan menunggu di sini sehingga semuanya baik dan dapat balik ke Malaysia. Saya mohon semua share status ini dan kes tutup.”
Di akhir hantaran, Lily Suraini sempat merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat dan berusaha membantu.
“Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik anda semua.”
Semoga Lily, keluarganya, dan semua rakyat Malaysia yang terkandas di Hatyai berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. 🙏

6 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















