Seorang wanita berusia 35 tahun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan susulan kejadian tragis di Sungai Ramal Baru, Kajang, di mana seorang kanak-kanak maut manakala dua lagi kritikal selepas dipercayai terminum cecair Methadone.
Walau bagaimanapun, seorang individu yang mendakwa ahli keluarga mangsa menjelaskan bahawa kejadian tersebut merupakan satu kemalangan yang tidak disengajakan akibat kekeliruan ubat.
Adik kepada wanita berkenaan tampil memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi meluru atau menyebarkan fitnah.
Artikel berkaitan: 25 Orang Keracunan Lepas Makan Roti Leper Dengan Taburan Daging Cincang Di Istanbul
Artikel berkaitan: Wanita Dakwa Pelakon Lelaki Penagih D*dah, Jaja ‘Childhood Trauma’ Untuk Buat Comeback?
@buletintv3Seorang kanak kanak lelaki berusia 11 tahun maut manakala dua lagi adiknya dalam keadaan kritikal selepas dipercayai diberi minum ubat metadon oleh ibu kandungnya. #BuletinTV3 #Tragedi Metadon #KanakKanak
♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Kepada semua, saya adik kepada ibu yang anaknya meninggal ni. Kakak saya tak sengaja bagi makan ubat ni, dia tersalah bagi ubat, dia tak sengaja sebab anak buah batuk-batuk dan botol ubat batuk dengan ubat tu sama bentuk dan sama jumlah kandungan dia.
Jadi tolong jangan sebar benda yang tak betul, kalau tak tahu cerita sebenar, baik diam je, jangan sebar fitnah,” tulis individu itu di TikTok.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan penahanan wanita tersebut untuk prosedur siasatan lanjut.
“Ya saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital dan ibu mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mengenai keadaan mangsa, anak sulung yang berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia, manakala adik bongsunya yang berumur lima tahun kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan seorang lagi mangsa ditempatkan di Zon Merah.
Berdasarkan kronologi kejadian, Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN) menerima ketiga-tiga pesakit kanak-kanak tersebut pada jam 7.50 pagi sebelum pihak hospital membuat laporan polis kira-kira sejam kemudian.
Methadone ialah ubat terkawal jenis opioid kuat yang digunakan secara sah dalam perubatan untuk merawat ketagihan dadah atau sakit kronik, namun ia sangat berbahaya dan boleh membawa maut terutamanya kepada kanak-kanak kerana sifatnya yang menekan sistem pernafasan.
Di Malaysia, ia hanya boleh diperoleh melalui preskripsi doktor dalam bentuk cecair yang sering kali menyerupai ubat batuk biasa dari segi warna dan saiz botol, sehingga boleh menyebabkan risiko tersilap ubat jika tidak disimpan secara berasingan dan dilabel dengan jelas.
Sumber: Berita Harian, TikTok

23 hours ago
9






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















