Penyampai radio dari sebuah stesen radio terkemuka telah dikritik netizen ketika memberikan penghormatan terakhir pemergian Perdana Menteri ke-5, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini kerana dilihat tidak mengikut etika pakaian yang bersesuaian.
Memetik laporan Utusan, ramai netizen di ruangan komen Instagram stesen radio tersebut mengecam penyampai radio tersebut kerana dikatakan gagal membuat persediaan dan persiapan dnegan elok untuk hadir ke majlis pengebumian melibatkan tokoh kenamaan negara.
Artikel berkaitan : Jenazah Tun Abdullah Selamat Disemadikan Di Makam Pahlawan
Artikel berkaitan : Makam Pahlawan: Ini Sebab Kenapa Tunku Abdul Rahman Memilih Tidak Dimakamkan Di Situ
Dalam video tersebut, salah seorang penyampai dilihat dilihat mengenakan t-shirt dan berseluar jeans biru serta bertopi sementara seorang lagi memakai baju kurta, seluar jeans hitam serta beg silang. Ia membuatkan netizen anggap bahawa kedua-dua penyampai tersebut tidak menghormati majlis.
“Sepatutnya dia tahu nak buat penghormatan terakhir kepada arwah tapi pakaian itu satu hal, ini dengan topi lagi, AllahuAkbar tak ada etika berpakaian.”
“Peliklah. Nak dikatakan Gen Z umur dah 40 lebih. Tolonglah,” tulis seorang pengguna.
“Bila orang tegur etika berpakaian, nama pun memberi penghormatan kepada seseorang yang berjasa pada negara, kenyataan rasmi dah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).”
“Sebagai selebriti patut lebih cakna hal-hal seperti ini. Tak salah pun pakaian mereka tetapi teguran orang itu betul.”
“Sekurang-kurangnya ada kesopanan untuk memakai baju hitam atau bersongkok atau berkopiah. Itu namanya tanda hormat.”
Sesi penghormatan terakhir kepada Allahyarham berlangsung pada jam 10 pagi hingga 1 tengah hari tadi.
Beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara usai solat Zohor tadi. Semalam, kerajaan memutuskan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi diberi penghormatan ‘Istiadat Pengebumian Negara’, hari ini.
Allahyarham yang juga dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Tokoh berjiwa rakyat ini meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Sumber : Utusan