Ft Pengantin Kahwin 2

Sejak semalam beberapa video yang memperlihatkan pengantin lelaki bersanding dengan 2 pengantin wanita secara serentak telah mendapat perhatian netizen di TikTok.

Difahamkan majlis sanding buat ketiga-tiga mempelai itu dijalankan di Sabah dengan ketibaan mereka disambut meriah bersertakan usikan daripada para tetamu.

Artikel berkaitan: Gara-gara Katerer Lesap ‘Last Minit’ Pengantin Rugi RM11,000 Sampai Ibu Terpaksa Gadai Gelang Emas

Artikel berkaitan: Baju Pengantin Ditemui Dalam Kenderaan Yang Terjunam Ke Dalam Gaung

Pengantin lelaki berumur 20-an

@kak.inda21

Pengantin 1llaki 2 prempuan apa pun slamat pengantin baru Cousin

♬ bunyi asal – kak inda – kak inda

Menurut pemilik video, pengantin lelaki itu dikatakan berumur dalam lingkungan 20-an dan jika diperhatikan ramai yang mengatakan rupa kedua-dua pengantin wanita seakan-akan serupa tetapi pemilik video menegaskan bahawa mereka bukanlah adik-beradik dan tiada sebarang ikatan kekeluargaan di antara mereka.

Difahamkan majlis pernikahan mereka bertiga juga turut dijalankan secara serentak. Bagaimanapun, cara mereka bertemu jodoh itu belum ada yang mendedahkannya.

@lennahamzah

semoga kekal bahagiaa ☺️ #fyppppppppppppppppppppppp #wedding

♬ bunyi asal – Lenna Hamzah – Lenna Hamzah

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata mengharapkan agar pengantin lelaki dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik.

Img 4129 Img 4130

Dalam agama Islam tak salah untuk lelaki berkahwin lebih daripada seorang namun jarang dilihat perkahwinan poligami ini diadakan serentak dengan pasangan poligami bersanding sekali di atas pelamin.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.