Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan seorang pemandu lori meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia tidak dibenarkan untuk mengisi diesel di sebuah stesen minyak atas alasan kekurangan bekalan.
Susulan isu itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengambil tindakan segera terhadap stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
Dalam kenyataan KPDN, pihaknya yang menjalankan siasatan terhadap stesen minyak berkenaan mendapati stok diesel masih terdapat di stesen berkenaan.
Dedahnya, pihak pengurusan stesen mengutamakan penjualan pembekalan kepada pelanggan tetap sejak pembekalan diesel B10 di stesen itu berkurangan kira-kira 50 peratus sejak Isnin lalu.
“Hasil pemeriksaan mendapati stok diesel masih ada di stesen tersebut. Jualan selain daripada pelanggan tetap, dihadkan pembelian hanya sebanyak 20 liter sahaja,” tulis kenyataan itu.
Artikel berkaitan: “Bukan kita bagi” – PM Mohon Hentikan Kontroversi Dakwa Hantar Diesel Ke Filipina
Artikel berkaitan: Sahut Seruan Kerajaan Untuk Jimat Minyak, Seorang Guru Di Indonesia Berlari Untuk Ke Sekolah
Berikutan keengganan menjual bahan api tersebut, satu tindakan diambil terhadap pengurusan stesen minyak tersebut dengan siasatan di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961, iaitu keengganan menjual barang kawalan.
Dalam pada itu, KPDN meminta orang awam menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat serta aduan melalui saluran rasmi KPDN.
Sumber: Facebook

2 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)













![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)




