Sedih Dihina Minta Bantuan, Anak Norish Karman Kongsi Bebanan Yang Ditanggung Untuk Sara Keluarga

3 hours ago 3

Anak sulung kepada pelakon Norish Karman akhirnya bersuara selepas isu mengenai keluarganya menjadi tumpuan baru-baru ini. Menerusi satu sesi live bersama Datuk Aliff Syukri, anaknya yang dikenali sebagai Manda kongsikan perit getir yang dia terpaksa tanggung demi kelangsungan hidup sekeluarga.

Manda yang mendedahkan bahawa ibunya yang kini diuji dengan penyakit kritikal itu tidak dapat menahan sebak semasa menceritakan saat dia menjadi sasaran penghinaan kerana mencari bantuan buat ibunya.

Artikel berkaitan: Gagal Hubungi Anak Sulung, Netizen Mula Was-was Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal

Artikel berkaitan: “Saya akui agak kasar tapi soalan itu logik” – Norish Karman Akui DM Adik Benjy, Persoal Kebajikan Arwah Tak Terjaga

Kata Manda, dia menyifatkan bahawa tempoh itu amat menduga mentalnya, lebih-lebih lagi ada yang menuduh bahawa dia tidak mahu berkerja sedangkan dia sedang menjaga ibunya yang sakit.

“Sangat sukar apabila saya hendak meminta pertolongan untuk membayar bil perubatan bunda. Saya cuba sedaya upaya saya.”

“Ada yang bertanya, ‘Mengapa kamu tidak bekerja?’ Hakikatnya, kerja saya sekarang ialah menjaga bunda. Jika saya tiada di sisi bunda dan sesuatu berlaku, siapa yang akan menjaga dia?”

Screenshot 2026 04 16 114909

Manda turut kongsikan bahawa dia berulang alik antara rumah dan hospital, malah ia kini sudah menjadi rutin hariannya selain daripada menguruskan keperluan adik-beradik lain.

“Ketika bunda dimasukkan ke hospital, saya berulang-alik. Saya juga perlu menyediakan makanan untuk adik-beradik dan dalam masa yang sama menjaga bunda kerana dia tidak mampu ke tandas seorang diri.”

Dalam pada itu, usahawan Aliff Syukri juga mendedahkan bahawa Norish kini tidak mampu lagi berjalan seperti biasa dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk ‘berjalan’.

Di samping itu, Norish turut memberitahu bahawa faktor kesihatannya yang semakin buruk menyebabkan dia sering hilang imbangan.

Screenshot 2026 04 16 115108

“Kerana ketika saya menjalani rawatan ini, saya sering berasa pening. Sudah beberapa kali saya tergelincir dan terjatuh.”

Lebih mengharukan lagi, anak lelaki Norish iaitu Haqiem mendedahkan dia terpaksa melupakan cita-cita akademik untuk menyara 7 lagi adik-beradiknya yang lain kerana faktor kewangan yang semakin memburuk.

“Saya tidak dapat mengambil sijil persekolahan kerana masalah kewangan. Selepas tamat sekolah menengah, saya terus bekerja sebagai cef.”

“Sebanyak 99 peratus gaji saya disalurkan kepada adik-adik. Saya tidak mengambil walau satu sen pun untuk diri sendiri selama tujuh tahun bekerja.”

Sumber : Threads, Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |