Setelah lama mendiamkan diri, pelakon Norish Karman akhirnya bersuara mengenai keperitan hidup yang pernah dialaminya selepas bercerai.
Pelakon drama bersiri Spa Q itu mendedahkan bahawa dia terpaksa tinggal dalam kereta selama hampir dua bulan bersama empat anaknya.
Dakwanya, kegagalan bekas suami membayar ansuran rumah kepada ejen hartanah menyebabkan dia dan anak-anak terpaksa tinggal di dalam kereta.
“Sepatutnya, bekas suami bayar, tetapi ada peringkat yang dia gagal jadi saya terpaksa tinggalkan rumah itu,” katanya.
Dalam keadaan itu, Norish dan anak-anaknya terpaksa menumpang mandi di gimnasium dan meletak kereta di hadapan restoran mamak 24 jam untuk keselamatan.
Menurut pelakon berusia 52 tahun itu, pernah rakan-rakannya mempelawa dia dan anak-anak tinggal bersama namun menolak pelawaan itu kerana tidak mahu terhutang budi.
“Saya tahu Allah tidak kejam, saya yakin suatu hari nanti saya akan naik semula. Jadi, saya takut ketika di atas, saya terlalu sibuk mengatur hidup dah banyak duit hingga tidak sempat melayan kawan-kawan yang sudah membantu.
“Jadi, saya tidak mahu mereka terasa hati, saya tidak mahu ada ruang itu. Sebab itu saya pilih tinggal dalam kereta Exora bersama anak-anak,” katanya.

Artikel berkaitan: Sedih Dihina Minta Bantuan, Anak Norish Karman Kongsi Bebanan Yang Ditanggung Untuk Sara Keluarga
Artikel berkaitan: Gagal Hubungi Anak Sulung, Netizen Mula Was-was Dakwaan Norish Karman Sedang Kritikal
Bagaimanapun, Norish juga bersyukur dikurniakan anak-anak yang sangat baik kerana mereka tidak pernah meminta dan sudi mengharungi hidup bersamanya.
“Mereka sebenarnya boleh pilih untuk hidup mewah dan teratur tapi mereka masih memilih saya. Disebabkan itu, saya amat berterima kasih kepada anak-anak kerana sudi terus bersama saya.”
Mengulas lanjut, Norish menyatakan dia dan anak-anaknya mula hidup normal selepas mengusahakan khidmat katering.
Untuk rekod, Norish berkahwin dengan usahawan, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir pada 1998, namun, bercerai pada 2008.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Haqiem Armany, Muhammad Hardy Amiru, dan Nurul Hanyz Amanda serta empat anak angkat.
Sumber: Berita Harian

5 hours ago
13






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)













![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)




