Nancy Ft

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) terus memperkukuh usaha melahirkan lebih ramai pemimpin wanita menerusi Program PERANTIS yang semakin menunjukkan impak positif.

Baru-baru ini, Program Inspirasi Wanita: Menjejak Potensi, Menghargai Dedikasi di Kuala Lumpur dianjurkan bagi meraikan tokoh dan peserta PERANTIS 2025 yang menunjukkan kepimpinan dan komitmen cemerlang.

669604185 1401262625380423 343702415477380380 N

Menurut Menteri KPWKM, YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, program ini menjadi platform penting untuk memperkasa wanita melalui bimbingan, perkongsian pengalaman dan pembangunan kapasiti.

“Kita mahu melihat lebih ramai wanita bukan sahaja menyerlah dalam bidang masing-masing, tetapi juga berani melangkah ke peringkat kepimpinan dan pembuat keputusan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Wanita nadi kekuatan keluarga” – Anwar Hargai Peranan Wanita Sempena Hari Wanita Antarabangsa

Artikel berkaitan: Kerajaan Perkukuh Ekonomi Wanita Menerusi Pelbagai Program & Inisiatif

Sejak diperkenalkan pada 2024, seramai 1,247 peserta telah dibimbing oleh 25 tokoh wanita dalam 10 bidang utama yang merangkumi kepimpinan, politik, ekonomi, sosial, teknologi, perundangan, keselamatan, kesejahteraan, pendidikan dan kesihatan.

668829624 1401262905380395 6702403335384669885 N

Pada tahun 2025, program ini diperluas kepada 4,129 peserta bersama 100 tokoh wanita dengan peruntukan RM5 juta. Bagi 2026 pula, sebanyak RM4 juta diperuntukkan dengan sasaran 80 tokoh wanita dan 4,000 peserta.

Inisiatif ini selari dengan Dasar Wanita Negara, Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030 serta Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), selain menyokong usaha memperkasa wanita di peringkat ASEAN.

Sumber: KPWKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.