coach cerai 1

Baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose telah memfailkan perceraian kepada suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli dan apa yang menarik perhatian ramai adalah kewujudan seorang individu yang menemani Uqasha yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’.

Terbaru, kenyataan daripada ‘Coach Cerai’ itu ketika muncul di sebuah podcast telah tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet.

@ikstudio.my

“Segala galanya dalam hidup, the resisting called pattern recognition” @Cerai Coach • • • #ikstudio #podcastmalaysia #coachcerai #fyp #marriage

♬ original sound – ikstudio – ikstudio

Artikel Berkaitan: Video Podcast Dengan ‘Coach Cerai’ Dimuat Naik Semula, Netizen Setuju Dengan Kenyataan Caprice

Artikel berkaitan: Kamal Adli Berani Junjung Al-Quran, Bersumpah Tidak Pernah P*kul Isteri

Ini kerana dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat individu tersebut mengatakan dia hanya perlu meluangkan masa selama lima minit dengan pasangan tertentu dan dalam masa lima minit itu, coach cerai ini mengatakan dia boleh tahu jika pasangan tersebut akan bahagia atau tidak dalam perkahwinan mereka.

Kenyataan tersebut telah membuat ramai warganet terkejut kerana rata-rata tidka bersetuju dengan kenyataan ‘coach cerai’ itu.

Dalam masa yang sama, dia turut mengatakan perkara tersebut tidak selalu tepat kerana dia bukannya tuhan atau menilik nasib. Namun menurutnya dalam kehidupan ini, ada suatu perkara yang dikenali sebagai ‘pattern recognition’ di mana kita boleh mengenal pola sesuatu perhubungan.

Apa pula pendapat anda? 

Sumber: TikTok ikstudio.my, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.