Tular di media sosial tentang luahan seorang pengguna Threads yang mahu menuntut keadilan buat anggota keluarganya yang terlibat dalam kemalangan maut di Bukit Mahkota, Selangor pada bulan lalu.
Abang kepada Nor Fatihah Buang, 26 iaitu Star Sarjan Mohd Fiqri Buang, 39 dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu secara melulu di kawasan lampu isyarat.
Dalam video rakaman dashcam menerusi hantaran itu, dapat dilihat mangsa yang merupakan seorang anggota tentera itu sedang berhenti di lampu isyarat merah, sebelum sebuah kereta dari arah bertentangan memecut laju untuk membelok telah merempuh mangsa sehingga terpelanting daripada motor.
Artikel berkaitan: Anggota Tentera Kritikal : Mangsa Dip*kul Bersama 6 Anggota Lain Sebab Tak Puas Hati
Artikel berkaitan: Kes Pukul Dalam Kem Tentera Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh

Dalam kejadian yang berlaku pada 26 Mac 2026 sekitar jam 10.58 malam itu, Fatihah menjelaskan bahawa tubuh mangsa telah tercampak ke tembok bangunan yang terletak di seberang jalan. Menurut Fatihah, mangsa mengalami pendarahan teruk dalam otak dan patah kaki.
Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar jam 4.20 pagi pada jam 27 Mac lalu. Susulan dengan kejadian itu, Fatihah berharap agar kes abangnya ini dapat dibicarakan dan diselesaikan dengan segera.

“Saya tengok kes Myvi biru dan ustazah lebih kurang kes abang saya jadi saya harap sangat kuasa viral dapat membantu kes ini dipercepatkan.”
Bercerita kepada Lobak Merah, Fatihah menjelaskan bahawa abangnya yang berkhidmat di Kem Tun Ibrahim, Kajang, Selangor itu seorang bapa yang bertanggungjawab. Bahkan bapa kepada lima orang anak itu juga sentiasa berusaha untuk mendapatkan perubatan yang terbaik buat salah seorang anak istimewanya.
“Abang saya seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang, sentiasa berusaha untuk mendapatkan perubatan yang terbaik untuk anak-anak terutamanya anak bongsu yang merupakan anak istimewa iaitu apert syndrome yang perlu mendapatkan rawatan di PPUM setiap bulan.”

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Threads, terdapat satu video meruntun hati yang memperlihatkan ibu kepada mangsa yang datang dari Johor sedang mencium jenazah mangsa sambil menangis teresak-esak.
Mangsa meninggalkan seorang balu Siti Nor Aisyah, 37 dan lima orang anak iaitu Muhammad Firas Firdaus,17; Muhammad Fahim Danial, 15; Nur Afrina Firzanah, 13; Nur Adrina Firhanah, 11 dan Nur Ardhania Firha, 9.
Jenazah Allayarham Mohd Fiqri Bin Buang telah selamat disemadikan Tanah Perkuburan Islam Saleng, Kulai Johor.
Sumber: Threads

6 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)













![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)




