Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang menyatakan insiden tersebut berlaku ketika Siti dalam perjalanan pulang selepas selesai mengadakan persembahan.
“Ramai yang menghubungi kami bertanya tentang Siti Nurhaliza. Kami dua kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ AirAsia Sepang dan sewaktu melalui lebuh raya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.”

Artikel berkaitan: “Bukan target market saya” – Lagu Raya Dikritik Tak Sedap, Siti Nurhaliza Tampil Beri Respon ‘Win’ Kat Komen!
Artikel berkaitan: “Aunty belanja!” – Netizen Puji Siti Nurhaliza Belanja Peminat Cilik Makan Di Restoran Mahal
Menurut Rozi, empat buat kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti. Susulan insiden itu, Siti dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut dan mendapati mengalami cedera ringan.
“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.
“Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak bahagian kaki,” jelasnya.

Dalam pada itu, Rozi mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan keselamatan mereka.
Sumber: Threads

4 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)













![[VIDEO] Wanita Warga Asing Didakwa Sudah Setahun ‘Berumah’ Di KLIA, Ramai Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/12/setahun-duduk-klia.png)




