pantang larang asrama seniora rupanya penanggal

Korang yang pernah tinggal di asrama, mesti pernah dengar kisah-kisah misteri dan menyeramkan dalam asrama, kan? Tak kisahlah sama ada ia rekaan atau benar-benar terjadi.

Pengalaman di asrama yang dikongsikan wanita ini di TikTok telah meraih perhatian ramai selepas dia mendedahkan salah seorang rakan sebiliknya adalah seorang penanggal.

Wanita itu berkongsi perkara itu pada ruangan komen dalam sebuah hantaran yang tular baru-baru ini mengenai perkongsian kisah berkenaan rakan serumah.

Artikel berkaitan: “Anjing pun menyalak” – Ada Objek Bercahaya Terbang, Individu Dakwa Nampak ‘Penanggal’ Di Kedah?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Seram! Wanita Perjelas Kenapa Sekolah Menengah Di Kuala Kangsar Cuti 14-16 Mei Setiap Tahun

@ayumiiidi_

Spill some ✨TEA✨ 🥺 #trend #fyp #fypシ゚

♬ original sound – NYES | Fashion

Semua pantang larang normal kecuali satu

Dalam perkongsiannya tersebut, ketika itu dia merupakan seorang pelajar baharu dan memasuki dorm yang dihuni oleh 10 orang pelajar junior dan senior.

Salah seorang pelajar senior telah memberikan beberapa pantang larang kecuali satu peraturan ini dianggap lain sedikit kerana diminta untuk tidak tegur jika nampak ‘benda terbang’.

Pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa kerana ia dilihat seperti perkara normal.

1 btul

Namun, dia mula mengalami perkara misteri setelah memasuki semester kedua apabila dia terserempak satu lembaga di dalam tandas.

Selepas kali pertama ternampak lembaga tersebut, dia berkongsi kali ini jelas terlihat penampakan susuk penanggal yang terbang ke arah badan.

1

Susulan kejadian itu, dia mengalami demam seminggu dan keluar daripada asrama tersebut. Dakwanya, senior yang memberitahu pantang larang tersebut rupa-rupanya penanggal itu sendiri.

3 1

Perkongsian kisah itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang tidak menyangka ada pelajar yang mengamalkan ilmu hitam.

Seriau pula rasanya. Korang yang nak tahu lebih lanjut tentang kisah ini, boleh tengok dekat sini.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.