graduan hidap kanser limfoma tahap 4

‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’, itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan seseorang yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berjaya.

Menghidap kanser limfoma tahap empat tidak menjadi halangan bagi seorang graduan ini untuk menamatkan pengajian demi mencapai cita-citanya bergelar seorang guru.

Segala penat lelah Nur Syahidatunnajwa Mohamad Naim, membuahkan hasil saat namanya dipanggil ke pentas untuk mengambil skrolnya dalam satu majlis graduasi Institut Pendidikan Guru (IPG).

Artikel berkaitan: Tiada Yang Hadir Hari Konvokesyen, Graduan Ini Terima Kejutan Dari 150 Kadet Kor SISPA UPM

Artikel berkaitan: “Luar biasa perjuangannya” – Meninggal Sebab Lahirkan Anak, Suami Hadir Ke Majlis Graduasi Bawa Potret Isteri

Menerusi video yang dikongsikan oleh @shafiqalsukri di TikTok, Syahidatunnajwa digelar ‘graduan istimewa’ kerana semangat kentalnya untuk menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Islam Pendidikan Rendah di IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang meskipun sedang berjuang melawan penyakit kanser yang dihadapinya.

22 kali jalani kimoterapi, 15 sesi radioterapi

Lebih mengharukan, Syahidatunnajwa turut menjalani sebanyak 22 kali rawatan kimoterapi dan 15 sesi radioterapi dan kini masih lagi meneruskan rawatan untuk kanser berkenaan.

“Namun kerana semangat juang dan komitmen yang jitu, beliau hadir sebagai simbol ketabahan dan inspirasi buat kita semua bahawa penyakit itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan,” kata pengacara majlis sambil diiringi tepukan gemuruh dari seluruh dewan.

@shafiqalsukri

Motivasi untuk adik adik di luar sana terus semangat belajar sampai ke menara gading.. tahniah bakal guru 🤲🏻 semoga cepat sembuh 🤲🏻

♬ suara asli – hooman ◡̈ – 𝙃𝙪𝙢𝙖𝙣 ◡̈

“The real fighter”

Perkongsian video itu turut meraih pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya meluahkan rasa sebak sambil mengucapkan tahniah kepada Syahidatunnajwa kerana semangat juangnya dalam menimba ilmu.

Salah seorang pengguna yang dipercayai adik kepada Syahidatunnajwa menyifatkan perjuangan itu terbayar dan turut berkongsi dia tidak pernah mendengar keluhan kakaknya sepanjang menjalani rawatan.

Screenshot 2025 07 02 162607 Screenshot 2025 07 02 162628

Netizen turut mendoakan agar graduan ini diberikan kesembuhan dan menjadi seorang pendidik yang berdedikasi.

Screenshot 2025 07 02 162555 Screenshot 2025 07 02 162645

Tahniah! Semoga menjadi inspirasi buat kita semua.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.