“Saya kotor la bang” – Bantu Pakcik Berkaki Satu Beli Makanan Dalam Hujan, Ramai Puji Lelaki Cina Ini

7 hours ago 6

Baru-baru ini, tular satu perkongsian yang menyentuh hati ramai pihak memaparkan seorang lelaki kurang upaya berkaki satu berjalan seorang diri dalam hujan di tepi jalan untuk membeli makanan.

Keadaan lelaki itu yang berjalan dengan payah menggunakan tongkat dikedua-dua belah tangannya telah disedari oleh seorang lelaki Cina yang melalui kawasan tersebut.

Lelaki itu kemudian memberhentikan kenderaan dan menghulur bantuan kepada lelaki yang bernama Jefree ini. Pada awalnya Jefree menolak kerana mengatakan keadaannya kotor dan bimbang akan mengotorkan kenderaan lelaki tersebut.

Saya kotor, tak ada siapa nak tolong. Saya duduk satu orang. Ibu bapa saya dah tak ada. 

“Tak boleh bang, saya kotor. Nanti kotor kereta,” kata lelaki itu menolak ajakan lelaki Cina tersebut.

p 2 side

Walau bagaimanapun setelah dipujuk, Jefree menerima bantuan lelaki tersebut dan memberitahu yang dia jarang meminta bantuan orang, namun kali ini dia terdesak kerana bimbang tidak dapat makan sehingga keesokan harinya.

Jefree kemudian bercerita mengenai kisah hidupnya yang sedih, yang mana kedua ibu bapanya meninggal akibat kebakaran. Dia juga kehilangan kakinya akibat kebakaran tersebut.

p 3 side

Artikel berkaitan: “Terbaik abang polis!” – Tindakan Polis Bantu Orang Awam Kereta Rosak Tengah Jalan Terima Pujian Netizen

Artikel berkaitan: “Akhlak mulia seorang pemimpin” – Mufti WP Rela Basah Kuyup Bantu Orang Tolak Kereta

Rumah lelaki OKU tiada elektrik

Pemilik video kemudian dilihat membeli nasi campur buat Jefree dan beberapa makanan kering seperti biskut serta air buat bekalan lelaki tersebut di rumah.

Dalam rakaman seterusnya, lelaki Cina berkenaan dilihat menghantar Jefree ke rumah dan agak menyedihkan apabila kelihatan rumah Jefree yang kosong tidak mempunyai sebarang perabot. Rumah itu juga tidak mempunyai elektrik kerana bekalannya sudah potong akibat gagal membuat pembayaran.

@storie.my

A simple meal is all he lives for today , Storie of Jefree #storiemy #Malaysia

♬ original sound – Storie – Storie

Di akhir video, Jefree dilihat sebak dan berterima kasih kepada pemilik video kerana telah membantunya membelikan makanan.

“Jomlah bantu dia sama-sama” 

Rata-rata netizen terharu dengan kebaikan yang ditonjolkan lelaki Cina itu dalam membantu Pakcik Jefree. Dalam pada itu, ada di kalangan netizen juga mendakwa mereka mengenali pakcik ini dan mengakui lelaki itu sering dilihat berjalan kaki untuk membeli makanan seorang diri.

Pakcik itu juga dikatakan tinggal di Kampung Sungai Bil, Slim Village, Perak.

pakcik 1 down

Terima kasih orang baik! Semoga urusan pakcik ini dipermudahkan selalu. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |