Pegawai Penyiasat Dedah Temui Kesah Darah Pada Bilik Air Rumah & Bilik Tidur Zayn Rayyan

2 hours ago 2

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam telah diberitahu bahawa terdapat darah pada salah sebuah bilik dan bilik air ketika proses mendapatkan tindak balas kesan darah (luminol) dilakukan pasukan forensik dekat rumah kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin pada 9 Disember 2023.

Menurut pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafizee Ismail, dia bersama pasukan forensik di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai dan melakukan proses luminol itu di rumah arwah Zayn Rayyan pada jam 9.30 malam.

110624 crm ONLINE ZAYN suspek

Beliau yang juga saksi pendakwaan ke-28 sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menyatakan hal tersebut ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin pada perbicaraan hari ke-17 kes pengabaian Zayn Rayyan.

Artikel berkaitan: Lelangit Leb*m, Pegawai Penyiasat Dedah Daun Pulai Dalam Tekak & Perut Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: Saksi Beritahu Ibu Zayn Rayyan Dibawa Keluar Lokap Untuk Lakonan Semula

“Terdapat kesan darah di bilik nombor dua di rumah si mati”

Berikut antara sesi soal jawab Mohd Hafizee dan Timbalan Pendakwa Raya: 

Raja Zaizul: Apa proses ‘luminol’ ini?

Mohd Hafizee: Proses luminol adalah bertujuan untuk mendapatkan tindak balas kesan darah yang berada di sesuatu tempat kejadian.

Raja Zaizul: Jadi, ada ASP buat siasatan berkaitan perkara ini (luminol)?

Mohd Hafizee: Saya hantar semua swabbing (calitan) yang diambil daripada pihak forensik. Selepas dimaklumkan ada tindak balas darah, saya membuat siasatan untuk mengesahkan mengapa darah itu berada di dalam bilik dan juga bilik air. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan darah di bilik nombor dua di rumah si mati (Zayn Rayyan), selain terdapat kesan darah atau asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam bilik air.

Raja Zaizul: Apa siasatan lanjut yang ASP buat?

Mohd Hafizee: Saya ada merakam percakapan tertuduh. Hasil keterangan daripada tertuduh menyatakan si mati pernah berdarah di bahagian hidung dan kebiasaannya si mati akan mencalit kesan hingus atau hidung berdarah di kawasan dinding di dalam bilik atau di dalam rumah.

Screenshot 2025 04 21 181848

Selain daripada itu, tertuduh Ismanira ada juga menyatakan si mati pernah berdarah disebabkan terkena pisau cukur di dalam bilik air, namun (ujian) DNA atau darah yang ditemukan dalam bilik air itu adalah milik tertuduh Zaim Ikhwan sebagaimana dalam laporan kimia.

Bagaimanapun, saksi sama tidak menjelaskan kepada mahkamah pemilik darah yang dikesan di salah sebuah bilik di rumah itu.

MAHKAMAH SESYEN copy 1745231690

Terdahulu, pasangan suami isteri, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 30 tahun, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian anak mereka di Mahkamah Sesyen.

Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan apartmen itu antara 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Perbicaraan kes ini akan bersambung hari ini di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |