“Kerja yang tak semua orang nak buat” – Remaja 19 Tahun Pilih Kerjaya Cuci Longkang Buat Netizen ‘Respect’

15 hours ago 9

Mereka yang bekerja dalam sektor 3D atau Dirty, Dangerous dan Difficult sering dipandang rendah.

Ketika kebanyakan orang memilih pekerjaan di pejabat bertemankan penyaman udara, namun bagi remaja berusia 19 tahun ini, membersihkan longkang dengan dilekati kotoran di bawah terik matahari memberi pengalaman yang tersendiri.

Walaupun baru setahun jagung dalam dunia pembersihan longkang, remaja yang dikenali sebagai Zamri sudah menggalas tanggungjawab besar dalam pasukan unit khas Alam Flora bahagian cucian longkang.

Artikel berkaitan: “Tak perlu kaya untuk sedekah” – Gadis Sebak Mak Cik ‘Cleaner’ Tak Berkira Belanja Sarapan

Artikel berkaitan: “Hero sebenar” – Netizen Puji Pekerja Alam Flora, Kutip Anggaran 3.06 Tan Sampah Pada Malam Tahun Baru

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok Alam Flora Sdn Bhd, Zamri mengakui kerjanya bukan mudah. Setiap hari, dia perlu turun padang, membersihkan longkang-longkang yang penuh sampah, lumpur dan sisa buangan orang ramai, namun baginya, semua itu tidak menjadi masalah.

Berkongsi mengapa memilih pekerjaan ini, Zamri sebenarnya mengikuti jejak langkah bapanya yang juga merupakan pekerja di Alam Flora.

Pengalaman mencabar kerja sebagai tukang cuci

Zamri turut berkongsi antara cabaran yang perlu dihadapi sepanjang bekerja adalah ketika masuk ke dalam longkang-longkang yang kecil dan sempit serta gelap.

Menurutnya lagi, keluarganya tidak menghalang untuk bekerja dalam bidang tersebut selagi pekerjaannya masih halal.

“Sebenarnya kawan saya pun terkejut dan pelik kenapa saya pilih Alam Flora. Bagi saya kerja tak jadi masalah pun sebab saya boleh buat dan kerja ni melibatkan aktiviti-aktiviti yang cergas,” katanya lagi.

@alamflorasdnbhd

Kenali hero inspirasi kita kali ini, Zamri ❤️​ Walaupun baru berumur 19 tahun, beliau sudah menggalas tanggungjawab dalam pasukan unit khas Alam Flora bagi cucian longkang. Apa yang lebih menyentuh hati, beliau mengikuti jejak langkah bapanya yang juga sebahagian daripada Alam Flora. ​ ​Semangat anak muda ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk memulakan sesuatu yang bermakna. Terima kasih kerana menjadi inspirasi dalam diam dan hero di sebalik seragam. ​ ​#jomrawatbumi #powerupgreenenergy #heroalamflora #dirtydifficultdangerous #enhancinglifeenrichingcommunities #fyp #masukberandafyp #foryou #trending #viral

♬ original sound – Alam Flora Sdn Bhd – Alam Flora Sdn Bhd

“Kerja yang tak semua orang nak buat”

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian video itu mengagumi dengan pilihan remaja ini, yang mana tidak semua orang berani untuk memasuki bidang kerjaya sebegini.

Screenshot 2025 07 16 154152 Screenshot 2025 07 16 154240

Semoga menjadi inspirasi buat generasi muda di luar sana.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |