Satu pendedahan daripada seorang aktivis, Mona Din yang mengejutkan orang ramai apabila ada seorang ustaz yang juga pengetua sekolah agama terbongkar melakukan perbuatan jelik.
Kata Mona Din, ustaz itu dikatakan terlibat dalam rakaman video lucah bersama isterinya yang dikatakan salah seorang yang ‘berpangkat’ Cleopatra (pangkit tertinggi dalam eHati) yang mana kini sedang kecoh diperkatakan.
Artikel berkaitan : Pengasas eHati Dilaporkan Ditahan Polis Selepas Beri Keterangan
Artikel berkaitan : Pengasas eHati Tampil Tepis Dakwaan Tular Di Media Sosial, Dalam Proses Ambil Tindakan Undang-undang
Dakwanya lagi, lebih mengejutkan apabila video tersebut menjadi tatapan untuk individu lain. Bagaimanapun, pihak PDRM bertindak pantas mengutip semua barang bukti sebaik sahaja Mona memberikan laporan.
Menjengah ke ruangan komen, seorang pempengaruh Cikgu Mohd Fadli Salleh menyatakan bahawa pihak polis memang mengambil serius mengenai isu ini, dia turut mendedahkan bahawa ada peserta program itu dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan tetapi cuba untuk berdalih dengan pelbagai alasan.
Alasan demi alasan itu diberikan sehinggalah pihak polis bertegas untuk datang ke rumah wanita tersebut jika masih berdalih.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan memanggil 50 orang untuk diambil keterangan. Jelasnya, siasatan juga akan tertumpu kepada kandungan ‘Air Piya’ yang didakwa ada bahan psikoaktif yang mengkhayalkan.
Sumber : Facebook