Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat kes seorang bayi malang berusia seawal 3 bulan menjadi mangsa rogol dan lebih keji lagi perbuatan terkutuk itu dirakam dan dijual.
Perkara itu diberitahu ketika Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini, beliau menyifatkan kes terbabit adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Artikel berkaitan : Pengasuh Bayi 8 Bulan Yang Meninggal Dunia Di Taska Direman 7 Hari
Artikel berkaitan : “Saya dah maklumkan kepada pegawai sebelum keluar” – Wanita Kehilangan Bayi & Suami Serentak Jawab Tohmahan Netizen
“Saya diberi taklimat (oleh polis baru-baru ini) pada jam 12.30 tengah malam, kalau sudah waktu itu, maknanya seriuslah.”
“Sekarang ini dah berlaku satu keadaan yang teruk, tak terjangkau di akal. Bayi umur tiga bulan kena rogol, divideokan dan (rakaman) dijual video itu. Itu sudah kira gila…ya dah gilalah, tak terbayang oleh kita,” jelasnya tanpa mendedahkan lokasi kes sama ada di luar atau di dalam negara.
Tambah beliau, pihaknya kini sedang dalam perancangan untuk memperkasakan lagi D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah.
Menurut sumber Harian Metro, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kes itu selepas sidang media untuk majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan bahawa Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan negara ini sebagai platform merekrut atau mengutip dana bagi aktiviti keganasan.
Sumber : Harian Metro