ft amy search buat laporan polis

Penyanyi Datuk Amy Search membuat laporan polis terhadap Shila Amzah berhubung isu yang tular baru-baru ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk M Reza Hassan yang mewakili Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman. Beliau memberitahu bahawa anak guamnya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada malam tadi.

Artikel berkaitan : “Cari benda ajaib yang menyebabkan ini berlaku” – Shila Amzah Mohon Henti Babitkan Nabila Huda

Artikel berkaitan : Kecewa Dengan Tindakan Amy Search, Ubai Sedia Bersemuka Untuk Bincang & Selesaikan Masalah

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan laporan polis dibuat Amy, malam tadi.

“Ya ada (laporan polis), tapi lebih kepada ‘covering report’ dan penafian, laporan dirujuk ke IPD (Ibu Pejabat Polis) Dang Wangi.”

Sebelum ini ada seorang individu yang mendakwa bahawa Nabila Huda adalah punca Amy bertindak untuk menyerang dan mengherdik Shila Amzah ketika sesi latihan konsert pada Khamis lepas.

Individu terbabit mendakwa bahawa Nabila yang kini sudah berusia 41 tahun harus bertindak secara matang dalam mengendalikan masalah keluarga.

amy search

Ekoran dengan serangan itu, Shila membuat laporan namun pada ketika itu Shila masih belum mendedahkan nama artis legenda yang menyerangnya itu. Ia telah menyebabkan ramai rakan artis yang terlibat dalam konsert tersebut dipetik namanya seperti Datuk Awie sebelum disahkan oleh Shila bahawa ia adalah Amy Search.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, memaklumkan kertas siasatan sudah lengkap dan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan menunggu arahan selanjutnya.

Siasatan dijalankan selepas Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat satu laporan polis kira-kira jam 5.31 petang, Khamis lalu.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.