pempengaruh permotoran hilang kereta dalam sungai

Seorang pempengaruh permotoran dilaporkan hilang sejak Isnin selepas kereta jenis Perodua Axia yang dipandunya ditemui di dasar Sungai Kampung Tui di Jalan Bukit Kepong.

Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari.

Memetik sumber Kosmo!, pasukan penyelamat memaklumkan cermin kereta di sebelah pemandu dan penumpang milik Ija didapati terbuka ketika ditemui.

Artikel berkaitan: “Belum ada pengesahan Ija meninggal” – Pempengaruh Permotoran Hilang, Kereta Ditemui Dalam Sungai

Artikel berkaitan: 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini

Menurut Ketua Bomba Zon 4, Penguasa Kanan Bomba II Nor Shuhada Amsari, kereta yang dipandu mangsa dibawa naik kira-kira pukul 3 petang semalam. Jelasnya, pencarian mangsa masih diteruskan sehingga lewat malam tadi.

siakap keli article cover 175258

Nor Shuhada berkata, ketika kenderaan mangsa dibawa naik, pasukan penyelamat tidak menjumpai barang peribadi mangsa termasuk telefon atau dompetnya kecuali topi milik anaknya.

Sementara itu, pagi ini pihak polis, bomba serta agensi yang terlibat akan meneruskan pencarian keberadaan mangsa yang mana radius operasi diperluaskan hingga 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Pihak polis turut membawa anjing pengesan dari Unit K9 dari Johor Baharu bagi membantu pencarian di darat.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.