“Makmum ghaib” – Bahu Lelaki Ditepuk Dari Belakang Masa Solat Seorang Diri Jam 3 Pagi Di RNR

2 days ago 17

Agak meremang apabila membaca kejadian yang terjadi kepada seorang pemuda ini, difahamkan dia terkena ‘gangguan’ ketika sedang menunaikan solat dalam surau di sebuah tempat Rehat dan Rawat (R&R).

Difahamkan ketika kejadian, pemuda ini sedang berhenti untuk menunaikan solat pada jam 3 pagi sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Remis, Perak menerusi lebuh raya baharu.

Artikel berkaitan : “1 Imam 2 Makmum”- Netizen Terhibur Lihat Aktor Indonesia, Fedi Nuril Sering Bintangi Filem Bertema Poligami

Artikel berkaitan : “Esoknya terus berubat” – Nak Rasai Pengalaman Seram, Sajat & Roslan Shah Buat Aktiviti Paranormal Di Singapura

Ada yang nak jadi makmum

Dalam satu video yang tular, jelas kelihatan lelaki ini berseorangan ketika sedang melakukan solat namun semasa khusyuk membaca surah, bahu kirinya telah disentuh ‘sesuatu’ seolah-olah sebagai tanda bahawa ada orang dari belakang mahu menjadi makmumnya.

Terkesima dengan cuitan itu, dia cuba menjengah ke arah kamera rakaman itu dan melihat hanya dia di situ berseorangan. Menurut pemuda ini, sewaktu itu dia dalam keadaan tergamam, namun tetap meneruskan solat.

“Time ni rasa macam ada yang sentuh bahu (isyarat jadi makmum). Waktu ini khusyuk dah out dah, terjenguk sikit kat kamera nak pastikan ada orang betul ke tak, teruskan solat tapi dalam hati nak cepat habis nak masuk kereta.”

Pada awalnya lelaki ini mahu melepak di R&R itu sampai waktu subuh, tapi niatnya terbantut setelah menerima gangguan tersebut dan dia membuat keputusan untuk pergi ke R&R lain untuk menunaikan solat subuh di sana.

“Double check nak pastikan ada orang betul atau tak kat belakang ni. Habis bagi salam terus cabut (lari).”

Menurut netizen, ada yang mendakwa mereka ‘boleh nampak’ beberapa orang ‘jemaah’ di belakangnya. Malah, ada juga yang rasa gerun apabila melihat situasi yang lelaki ini alami.

Pun begitu, ada juga yang mempertikaikan tindakannya yang merakam diri ketika solat dan kongsikan ia di media sosial. Bagaimanapun, ada yang tampil memberikan penjelasan, difahamkan lelaki ini seorang imam dan ia adalah perkara normal membuat rakaman bertujuan untuk semak bacaannya.

Screenshot 2025 12 24 120544

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |