kes bertumbuk taiping restoran

Sejak malam tadi, tular sebuah video di platform Threads memaparkan kejadian gaduh yang berlaku di sebuah restoran dan telah menarik perhatian ramai.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah restoran tiba-tiba naik angin dan telah menumbuk seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial dengan kejadian itu disaksikan oleh anak kecil.

Trauma dengan apa yang berlaku di depan mata, anak kecil itu dilihat menangis ketakutan, sebelum situasi panas itu berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di restoran berkenaan.

Artikel berkaitan: ‘Jutawan Sampah’ Bergelar Datuk Mengaku Tak Bersalah Bergaduh

Artikel berkaitan: Polis Siasat Kejadian 5 Wanita Bergaduh Di Sebuah Taman Perumahan

Kes diselesaikan dengan cara baik – Polis 

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pihaknya telah mengesan video tular berkenaan pada 23 Disember lalu dan menjelaskan bahawa isu itu sudah pun diselesaikan dengan cara baik dan berpunca daripada salah faham.

Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 8 malam dan ia melibatkan dua pelanggan serta dua pekerja restoran berkenaan.

Kesemua individu yang terlibat telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping bagi tujuan siasatan.

“Mereka juga telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik pada hari sama kejadian berlaku,” katanya.

Tambahnya lagi, terdapat juga satu lagi video memaparkan kedua-dua pihak bersalaman dan ia sekaligus mengesahkan pergaduhan di antara mereka sudahpun diselesaikan dengan cara aman.

@afaqmomox2

lepasni pergi kedai makan tonyam jangan komplen makanan bahaya ,nanti jadi mangsa macam saya dgn wife saya 😊 #buddytomyamtaipingperak

♬ bunyi asal – AR Habibi – AR Habibi

Kedua-dua pihak juga telah membuat laporan polis dan menyatakan yang perselisihan faham itu telah diselesaikan tanpa sebarang isu berbangkit.

Oleh itu, Mohamad Nasir meminta orang ramai terutamanya warga Taiping untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan hingga menimbulkan kegusaran awam.

Sumber: Sinar Harian, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.