“Janji raya bersama tinggal kenangan” – Pasangan Suami Isteri Maut Kemalangan Rupanya Baru 3 Bulan Kahwin

10 hours ago 5

Baru tiga bulan mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri menemui ajal dalam kemalangan tragis di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), semalam.

Mangsa, Mohamad Shahrul Nizam Ali, 24, dan isterinya, Norsuhada Kartika Razak, 23, baru saja berkahwin Disember lalu dan bersanding pada 4 Januari.

Menurut ibu saudara arwah, Nur Nabila Huda Syawal, keluarga menerima berita sedih itu sekitar jam 9 pagi daripada kenalan arwah.

“Allah pinjamkan mereka seketika sebelum menjemput mereka pulang bersama,” katanya.

Sehari sebelum kejadian, Mohamad Shahrul, yang bekerja sebagai penyelia ladang sawit di Mersing, pulang ke rumah keluarganya dan memberitahu mereka ingin ke Kuala Lumpur.

“Dia tak beritahu tujuan ke KL, mungkin nak beli baju raya. Tapi satu perkara yang pelik, dia senyum lebih banyak dari biasa, sedangkan dia jarang senyum. Rupanya, itulah senyuman terakhir,” tambahnya.

Artikel berkaitan: Anak Bongsu Menyusul ‘Pergi’ Selepas Sebulan Isteri & Anak Pertama Meninggal Dunia Akibat Kemalangan

Artikel berkaitan: Dikejar Suami Selepas Bertengkar, Wanita Maut Kemalangan Lepas Rempuh Tembok Batu

AJALSAMA1 1742104858Jenazah Shahrul Nizam dan Norsuhada dituntut ahli keluarga di Unit Forensik HSNI – Kredit foto Harian Metro

Lebih memilukan, ibu arwah, Hasnah Syawal, 48, mendedahkan anaknya berjanji mahu membawa mereka beraya di Pahang tahun ini.

“Saya tak sangka, semua itu hanya tinggal kenangan. Saya masih terbayang wajah dan senyumannya sehari sebelum kejadian. Saya takkan lupa sampai bila-bila,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, kereta pasangan ini dipercayai hilang kawalan, terbabas dan merempuh penghadang lebuh raya sebelum melintang di jalan.

Malangnya, sebuah SUV dari arah sama tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan mereka.

Jenazah Mohamad Shahrul selamat dikebumikan di Sri Lalang, Kluang, manakala isterinya disemadikan di Mersing.

Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |