“Ia sebahagian tugasan akademik” – UiTM Perjelas Video Pelajar Pakai Kostum ‘Serba Putih’

18 hours ago 10

Heboh di media sosial apabila tular video yang mendakwa sekumpulan pelajar di sebuah institusi pendidikan tinggi awam melakukan perarakan dengan mengenakan jubah seperti Ku Klux Klan (KKK) di satu kawasan lapang.

Kelihatan juga beberapa orang pelajar yang berada di situ turut memerhati sambil merakam situasi terbabit.

Tindakan kumpulan pelajar itu telah mencetusan pelbagai reaksi netizen, memandangkan KKK merupakan sebuah kumpulan berideologi ekstremis yang mencetuskan keganasan terhadap kumpulan minoriti di Amerika Syarikat pada abad ke-19.

UITM Dengkil students doing a KKK parade (allegedly) & everyone watching in amusement rather than stopping them.

Great time for our Malaysia@PDRMsia @MOHEOfficial pic.twitter.com/q7nbEAYGET

— J M (@YuenA_9) April 14, 2025

Artikel berkaitan: “Kita ni satu family” – Buat ‘Prank’ Ketika MDS, Fasi UiTM Mohon Maaf

Artikel berkaitan: Kumpulan Ekstremis Lancar ‘Website’ Di Malaysia Guna Gambar KLCC, Polis Minta Jangan Risau

UiTM jelaskan ia sebahagian tugasan akademik

Susulan kontroversi yang tercetus, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan tindakan sekumpulan pelajar memakai kostum berkenaan adalah sebahagian sesi pembentangan tugasan akademik.

Memetik sumber Free Malaysia Today (FMT), pihak universiti memaklumkan tugasan tersebut dilakukan pelajar Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, bagi kursus ‘Contemporary Global and Legal Issues’.

Jelasnya, tugasan itu bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

“Dalam sesi tersebut, pelajar telah memilih untuk membentangkan isu berkaitan diskriminasi kaum dan kebencian berasaskan warna kulit, yang merupakan antara pelanggaran hak asasi manusia yang pernah berlaku di beberapa negara.

“Kostum serta elemen visual digunakan bertujuan membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap topik yang dibentangkan, serta memberi gambaran lebih menyeluruh dari perspektif sejarah dan global.

“Pendekatan visual yang digunakan adalah sebahagian daripada kaedah pedagogi bagi menyokong penyampaian berimpak tinggi dalam kelas, selaras objektif kursus yang mendorong pemikiran analitik serta kesedaran sivik dalam kalangan pelajar,” katanya.

Universiti itu berkata bahawa pihaknya sentiasa menekankan nilai-nilai seperti toleransi, rasa hormat, dan kepekaan budaya dalam bidang akademik serta kekal komited terhadap pendidikan yang bertanggungjawab dan beretika.

“Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan dan mengelakkan sebarang salah tafsir terhadap tugasan yang telah dijalankan.”

UiTM turut menggesa orang ramai supaya menilai insiden tersebut melalui pandangan akademik serta mengambil kira konteks situasi berkenaan.

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |