Dikritik Kerana Berkemban Dalam Muzik Video ‘Serumpun’, Mimi Fly Mohon Maaf

10 hours ago 7

Bila dah nak dekat raya ni, ramai di kalangan artis mula keluarkan lagu raya baharu. Antaranya seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nadeera dan Hael Hussaini, Iman Troye dan termasuklah Mimi Fly yang sebelum ini dipuji dengan lagu ‘Angkat’.

Namun lagu raya ‘Serumpun’ nyanyian Mimi Fly ini menjadi bualan ramai dek kerana gayanya yang berkemban di dalam muzik video (MV) yang dilancarkan di Youtube pada Sabtu lepas.

Ada di kalangan netizen merasa kurang senang dengan penampilan Mimi yang dianggap tidak sopan dalam menyampaikan sebuah lagu yang bertemakan hari raya.

MV komen

Artikel berkaitan: Wajah Tak Ceria, Aliff Syukri Diarah Bela Diri Berhubung Video Raya Kontroversi

Artikel berkaitan: “Tau2 drop lagu” – Berduet Dengan Syasya, Lagu Raya Fazura Raih Perhatian Netizen

“Kalau ada yang tersinggung dengan karya saya, saya minta maaf” – Mimi 

Sedar dengan teguran yang diberikan netizen, Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 38, berkata, dia berlapang dada menerima segala komen negatif daripada netizen mengenai muzik videonya.

Mimi juga berkata, dia tak berniat mencipta kontroversi melalui lagunya, sebaliknya terlalu fokus karya itu sehingga mengabaikan perkara lain.

3216651

Saya terima segala komen dan kalau ada yang tersinggung dengan karya saya, saya minta maaf. Insya-Allah kalau buat lagu raya lain saya akan perbaiki. 

“Bukan niat saya. Ketika ini saya sangat obses dengan karya saya sendiri. Mungkin saya terlalu fokus kepada karya itu sehingga tolak tepi perkara lain. 

“Saya sudah lama menyepi, bila muncul kembali saya mula belajar semula dari mana keturunan saya. Yang mana saya ada darah serumpun dalam badan campuran Minang, Indonesia, Vietnam dan Thailand,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga tidak sambil lewa dalam menyediakan busana bagi muzik video Serumpun.

MIMI FLY

Saya cuma rasa busana yang saya kenakan itu cantik dan selesa. Saya lama intai busana orang-orang lama jadi saya suka.

“Saya bukan buat seorang tetapi berkerjasama dengan pereka fesyen yang hebat iaitu Abu Shaef Hamza. Dia seorang profesional, kami belajar sama-sama mengenai sejarah baju orang lama.

“Saya lihat gambar dan jadi saya seronok. Saya nak raikan busana-busana kita sebenarnya. Saya bukan sengaja nak cipta sensasi, saya cuma obses dengan karya saya,” katanya lagi kepada mStar.

Walaupun dikritik, Mimi gembira kerana karyanya mendapat perhatian ramai dan dia akan cuba memperbaikinya selepas ini.

Korang dah tengok tak MV Mimi Fly ni? Apa pendapat korang? 

Sumber: mStar, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |