Anak bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak iaitu Nizar Najib telah mendedahkan yang bapanya semalam berada dalam keadaan ceria dan telah mengemas sebahagian barangan di penjara dengan harapan keputusan Mahkamah Tinggi boleh berpihak kepadanya untuk menjalani tahanan di rumah.
Bagaimanapun, Nizar berkata, mereka sekeluarga hampa dan kecewa apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman bepanya yang berkait Titah Adendum mengenai tahanan rumah tersebut.
Artikel berkaitan:
Artikel berkaitan:
Dah mula cerita, siap dah kemas rumah
Dalam satu hantaran menerusi TikTok miliknya, Nizar berkata, apa yang membuatkan ramai orang kecewa dan marah adalah beliau mendakwa Titah Adendum itu sebenarnya disorok dan kewujudannya tidak diiktiraf sehinggalah pihak peguam ayahanda buat semakan kehakiman.
“Saya pun bila bertemu dengan ayahanda saya lihat mukanya mula-mulanya ceria pada waktu pagi dan telah mengemaskan sebahagian daripada barang-barang di tempat dia tinggal.”
“Kecewa sebab kita telah lama perjuangkan tahanan rumah ini, sejak awal tahun lepas di mana saya sendiri yang terima salinan titah adendum daripada seri paduka baginda Sultan Pahang sendiri. Dokumen itu memang wujud. Memang titah itu wujud.”
Semalam, pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan DS Najib untuk menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.
Dalam pada itu, seorang lagi anak Najib iaitau Mohd Nazifuddin turut meluahkan rasa kecewa dan membidas mereka yang memilih untuk bergembira dengan keputusan mahkamah semalam.

“Kepada mereka yang memilih untuk bergembira dan meraikan keputusan semalam nikmatilah kemenangan politik terbesar anda, menjatuhkan sebuah kerajaan lama yang telah membina negara ini ke tahap hari ini.”
“Selain meraikan sabitan seorang ahli politik Melayu, apakah lagi yang telah dilakukan untuk rakyat, sama ada Melayu, Cina atau India?”
“Saya percaya rakyat mampu menilai sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku di Sabah. Masa akan menentukan segalanya.”
Sumber : TikTok, malaysiakini

3 days ago
19































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















