Keluarga kepada aktivis terkenal, Ayahanda Abdul Rani Kulup, tampil memberikan penjelasan rasmi mengenai keadaan terkini beliau bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. Menerusi hantaran Facebook yang dikongsikan oleh anaknya, Mostaqim Rani Kulup, beliau mengesahkan bahawa bapanya kini berada dalam keadaan yang stabil namun masih menerima rawatan di hospital.
Anaknya itu dengan tegas menafikan khabar angin yang mendakwa Abdul Rani Kulup telah meninggal dunia. Mostaqim menegaskan bahawa berita tersebut adalah tidak betul dan tidak sahih sama sekali. Beliau berharap agar orang ramai tidak terus menyebarkan maklumat palsu yang boleh menggusarkan ahli keluarga.
Artikel berkaitan: “Habislah ADUN kena kawad nanti” – Ramai Pertikai Bila Rani Kulup Nak Bertanding Di PD
Artikel berkaitan: Wanita Terpaksa Ditidurkan Selepas Parah Disimb*h Petrol Oleh Teman Lelaki

Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatan bapanya, beliau memaklumkan bahawa kuman dalam badan bapanya masih belum hilang sepenuhnya. Disebabkan keadaan pesakit yang agak agresif ketika sedar, pihak doktor terpaksa memberikan ubat tidur biasa agar rawatan antibiotik dapat melawan kuman tersebut dengan lebih berkesan.
Walau bagaimanapun, ubat tidur yang diberikan bukanlah ubat tidur yang kuat seperti yang digunakan di zon merah, sebaliknya sekadar ubat tidur biasa bagi membolehkan badan berehat.
Di akhir perkongsian tersebut, pihak keluarga menitipkan harapan agar rakyat Malaysia terus mendoakan kesembuhan buat Ayahanda Abdul Rani Kulup supaya beliau kembali sihat seperti sediakala.

19 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















