Sering kali kita dengar berkenaan dengan budaya di negara jiran yang menganjurkan majlis agama dan selawat tetapi disulami dengan unsur-unsur nyanyian dan sebagainya yang ternyata asing bagi kita di sini.
Namun baru-baru ini, tular sebuah video yang mendakwa seorang ustaz telah mempersenda satu majlis selawat yang diadakan di Kedah dengan menyelitkan lagu remix nyanyian Dua Lipa dengan lagu Bollywood di tengah-tengah majlis.
Dalam video itu dipaparkan seorang ustaz dilihat membuat sedikit pergerakan ketika lagu Bollywood dipasangkan sambil diperhatikan ustaz lain di atas pentas.
Mereka kemudian beramai-ramai dilihat berselawat dengan berlatar belakangkan lagu Dua Lipa bertajuk Levitating dan mengikut rentak lagu Bollywood tadi.
Artikel berkaitan: “Selawat dalam hati” – [VIDEO] Doktor Dipuji Warganet, Sopan Layan Warga Asing Masa Cucuk Vaksin
Artikel berkaitan: Gus Miftah Umum Letak Jawatan Sebagai Utusan Khas Presiden Indonesia Susulan Insiden Persenda Penjual Teh
Video viral terima komen pelbagai
Susulan tularnya video ini, pelbagai komen mengenai isu tersebut timbul dengan ada yang mengecam tindakan ustaz-ustaz ini sebagai mempersendakan majlis selawat dan tidak sesuai dilakukan di Malaysia.
Namun ada juga yang berpendapat video berkenaan tidak dirakam penuh dan perkara ini hanya 2-3 minit sahaja terjadi berbanding program selawat yang diadakan selama 2-3 jam lamanya.
Ustaz Firdaus buat permohonan maaf
Susulan pelbagai komen yang diterima, Ustaz Firdaus Firabib atau nama penuhnya, Mohd Firdaus bin Mat Akhir selaku Imam dan Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok telah membuat permohonan maaf di atas insiden berkenaan.
Menurutnya, dia sedikit pun tidak ingin mempertahankan dirinya yang sering melakukan kesalahan itu walaupun dia boleh memberi berbagai alasan untuk mendapat sokongan.
Saya berjanji dengan nama Allah dan Nabi Muhammad tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi dengan mencemarkan majlis yang mulia. Saya hanya harap Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya serta akan dipandang oleh Nabi Muhammad di akhirat kelak.
“Saya maafkan semua mereka yang mencaci dan menghina saya dalam ruangan komen dan perkongsian,” tulisnya.
Sumber: Facebook (1), (2)