Tular satu rakaman video di media sosial berdurasi 15 saat yang memaparkan aksi kurang sopan melibatkan pelajar lelaki dan perempuan sekolah menengah di kawasan terbuka.
Menurut laporan Malaysia Gazette, menerusi rakaman video itu, kelihatan pelajar lelaki berseluar putih sedang berbaring di atas padang awam yang dipercayai di Dataran Pahlawan, Melaka.
Pelajar perempuan yang turut berpakaian sekolah dilihat menunduk sambil berbual dengan remaja berkenaan.
Menurut sumber, tidak dapat dipastikan masa dan tarikh sebenar kejadian berkenaan dirakamkan.
Artikel berkaitan: “Dah la rakam, tak tutup muka. Apa motif cikgu?” – Ditangkap Berduaan di Tandas, Video Cikgu Marah Pelajar Ini Dikecam Sebab…
Artikel berkaitan: Kes Profesor Didakwa Hantar Gambar L*cah, Pelajar Tuntut IPTA Ambil Tindakan Tegas

Sudut rakaman video itu bagaimanapun menampakkan situasi seolah-olah dua pelajar berkenaan melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
Rata-rata netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat kejadian terbabit dan mengambil tindakan terhadap dua pelajar sekolah berkenaan kerana selamba berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Walaupun perbuatan pelajar berkenaan jelas mencetuskan rasa kurang senang, segelintir netizen menegur budaya merakam dan menularkan kes sedemikian tanpa mempertimbangkan kesan kepada pelajar.
Sepatutnya, perkara itu terus diadukan kepada pihak sekolah pelajar berkenaan, agar tindakan disiplin dapat diambil mengikut prosedur.
Sumber: Malaysia Gazette

7 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















