Pernah merancang untuk berhijrah ke Mekah bagi tujuan perniagaan, pelakon terkenal Zul Ariffin akhirnya membatalkan niat tersebut disebabkan isu kepercayaan dan juga komitmen terhadap karier lakonan di Malaysia.
Zul, atau nama penuhnya Zulkifli Ariffin, 39, menjelaskan bahawa jadual padat melibatkan beberapa projek filem dan drama menuntut dirinya untuk memberikan sepenuh tumpuan kepada dunia seni.
Artikel berkaitan: “Biasalah, mereka sekadar menyakat je” – Zul Ariffin Respon Isu Foto Seksi
Artikel berkaitan: “Rilek je tak tukar” – Zul Ariffin Dipuji Cakap BM Ketika Promosi Filem Di Indonesia
“Kadang-kadang kita bersembang, kita rancang, kita gembira, kita kongsi dan kalau tak jadi nak buat macam mana. Kita pun kadang-kadang jumpa orang mengarut yang Allah bagi.
Saya rasa ketika itu saya tengah gembira selain pernah duduk sana pun beberapa kali. Paling lama tinggal sampai tiga bulan. Rasanya itu (tinggal di Mekah) adalah hajat semua orang,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon filem Tombiruo itu berkata dia kini tidak lagi memikirkan soal penghijrahan dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir.
Zul berkata dia enggan meninggalkan karier lakonannya pada waktu ini kerana masih banyak perancangan yang perlu diberi tumpuan.
Menurutnya, sebagai seorang artis, ada pelbagai perkara yang dirancang termasuk urusan perniagaan, namun beliau sedar bahawa perniagaan bukan sesuatu yang boleh terus membawa kekayaan sebaik sahaja diceburi.
“Kalau menjadi alhamdulillah tapi tak semua berjaya, lagi pula saya bukan orang daripada keluarga peniaga. Dalam karier dan keadaan sekarang, kalau saya lepas (kerjaya) semata-mata ambil risiko bekerjasama dengan orang kita sendiri tak tahu betul atau tidak agak mustahil.
Sekarang ini tahulah di luar itu ada macam-macam orang mengarut. Agak buang masa dan karier saya sekarang pun okey, satu demi satu tawaran datang. Buat apa saya bazir dan berikan komitmen pada benda tak pasti,” ujarnya.
Menurut Zul, setelah lebih sedekad bergiat dalam dunia lakonan sejak 2008, dia kini lebih berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan, terutama yang melibatkan masa depan.
“Ini adalah padang saya dan saya gembira di sini. Dari umur saya 21 tahun saya berlakon. Untuk saya lepaskan fokus di sini atau mahu ke sana, perkara tersebut memerlukan sesuatu yang menyakinkan.
Sekarang saya hanya padam saja niat itu dan tolak tepi sebab saya tak nak bekerjasama dengan orang mengarut. Itu saja. Kita ada fasa jumpa orang bagus dan ada juga bertemu orang mengarut. Saya anggap benda itu adalah fasa jumpa orang mengarut. Itu sahaja,” katanya.
Terdahulu, anak jati Perak itu pernah memaklumkan hasrat untuk berpindah ke Mekah bagi menguruskan perniagaan mesin layan diri yang dijalankan secara usaha sama dengan sebuah syarikat berpangkalan di Singapura.
Sumber: Kosmo!

4 hours ago
3






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















