“Anak Mahathir, anak Mahathir” – Saksi Dakwa Zara Qairina Selalu Jadi Mangsa Ejek & Body Shaming

11 hours ago 6

Saksi di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu memberitahu bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir sering kali dipersalahkan jika setiap kali berlaku kehilangan barang pelajar di surau atau asrama sekolah.

Saksi ke-24 inkues kematian arwah Zara Qairina itu memberitahu mahkamah bahawa jika berlaku kehilangan barang, kebanyakannya didakwa dilakukan oleh arwah.

Artikel berkaitan : Inkues Zara Qairina: Saksi Dakwa Nampak Zara Terj*n Dari Aras 2

Artikel berkaitan : Tertarik Tengok PM Timor-Leste Menyapu Tepi Jalan, Ramai Luah Rasa Teringin Melawat Negara Itu

Ambil barang yang hilang, tertinggal

Screenshot 2025 10 28 185451

Menceritakan semula keterangan saksi, peguam Joan Goh berkata, arwah Zara Qairina sendiri beritahu kepada saksi jika ada barang orang lain diambilnya.

“Sepanjang bersekolah dan tinggal di asrama, setiap kali kehilangan barang contohnya botol air, anak tudung, pin tudung, stokin yang hilang di surau asrama atau di dalam asrama kebanyakannya dilakukan oleh Zara.”

“Ia kerana setiap kali dia (arwah Zara Qairina) mengambil barang-barang itu dia akan memberitahu kepada Saksi.”

“Saksi menyatakan pernah bertanya kepada Zara kenapa ambil barang orang, tetapi jawapan Zara ‘dia orang tidak mahu pakai jadi aku ambillah’.”

Saksi turut menyatakan bahawa dia selalu menasihati arwah Zara Qairina untuk pulangkan semula barang-barang tersebut. Namun arwah dikatakan tidak berbuat demikian.

“Saksi kata, arwah Zara berjanji akan memulangkan tetapi tidak berbuat demikian sehinggalah kawan-kawan sibuk mencari dan terjumpa barang-barang itu di dalam almarinya barulah dia kembalikan.”

“Saksi menyatakan tidak pernah memberitahu kepada siapapun perbuatan Zara kerana saksi tidak tahu siapa tuan punya barang-barang itu.”

Dipulaukan rakan, selalu jadi bahan ejekkan dan body shamming

Screenshot 2025 10 28 185518

Selain itu, Joan kongsikan bahawa saksi ada cerita kepadanya yang arwah Zara Qairina sering diejek dan dipulaukan oleh pelajar lain di sekolah.

Menurut sumber, saksi ke-33 untuk inkues tersebut sama-sama belajar dengan arwah Zara Qairina di Tingkatan Satu turut memberitahu mahkamah bahawa arwah turut menjadi mangsa body shaming.

“Sepanjang saksi berkawan dan tinggal di asrama yang sama dengan Zara, saksi ada melihat Zara diejek dan dipulau oleh kawan-kawan asrama.”

“Saksi juga pernah dengar hampir setiap hari Zara diejek dan body shaming mengenai bentuk badan Zara oleh pelajar Tingkatan Satu, tapi saksi tidak tahu namanya dengan berkata ‘gemuklah ko (kau) nih (ini)’ dan Zara hanya berkata ‘bah iya lah’ sambil ketawa.”

“Saksi juga pernah nampak pelajar lelaki satu kelas dengan Zara yang mengejek dengan menjerit-jerit memanggil Zara dengan panggilan ‘anak Mahathir, anak Mahathir’ dan ia berlaku setiap hari.”

Namun begitu Saksi mengatakan bahawa Zara tidak pernah marah tetapi saksi nampak yang dia akan menulis dan meluahkan apa yang dirasai dalam buku diari.

Saksi juga memberitahu mahkamah bahawa arwah Zara Qairina sendiri selalu bercerita kepadanya yang dia pernah dipulau oleh beberapa kawan sekolah dari Tingkatan Satu hingga Lima.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |