YouTuber dan pempengaruh media sosial yang amat dikenali dalam kalangan kanak-kanak, Aqil Zulkiflee tampil bersuara selepas namanya dikaitkan oleh segelintir netizen mengenai permainan dalam talian yang dikenali sebagai Roblox.
Aqil menerusi satu hantaran di Threads meluahkan rasa kecewa apabila dirinya menjadi sasaran segelintir ibu bapa setiap kali berlaku kejadian melibatkan pengaruh permainan atau kandungan digital terhadap kanak-kanak.
“Yela yang buruk semua kita. Ibu bapa tak pernah salah.
“Dalam video Roblox ada kita berzikir, suruh budak-budak solat, suruh dengar cakap ibu bapa, tak ada pulak nak viralkan. Yang buruk jela ya sebarkan,” luahnya.
Artikel berkaitan: Budak 6 Tahun Dik*lar: Polis Tak Tolak Pengaruh ‘Online Game’ Ada Kaitan, Abang Mangsa Dakwa Alami Halusinasi
Artikel berkaitan: Berita Sosial 1 Juta Point, ‘Mata Wang’ Dalam Permainan Roblox Bersamaan RM50K!

Aqil yang mempunyai 2.62 juta pengikut di YouTube turut berkata dia pernah disindir ketika menasihati ibu bapa untuk memantau dalam mengawal anak-anak menggunakan peranti.
“Dulu bila kita cakap ibu bapa pun kena main peranan kawal anak, habis masuk berita online ‘Aqil Zulkiflee biadab sound mak bapak’, cakap kau bukan sesiapa kalau bukan anak aku tengok video kau,” katanya.

Perkongsian Aqil turut meraih perhatian warganet, rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan memintanya untuk bersabar.
Terdahulu, tular mengenai insiden kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher yang dipercayai dilakukan oleh abang kepada mangsa, berdasarkan siasatan awal polis.
Difahamkan, kejadian itu berkemungkinan ada kaitan dengan permaian video dalam talian yang dipercayai Roblox.
Sumber: Threads

4 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















