“Jijiknya!” – ‘Beauty Blender’ Antara Alat Solek Yang Wajib Dicuci, Ini 5 Sebab Kenapa Ia Penting

3 hours ago 3

Perempuan sememangnya sinonim dengan penjagaan diri yang rapi, dari rutin penjagaan kulit sampailah rajin bersolek dan bergaya. Sifat semula jadi dalam diri wanita ini memang sukakan kecantikan, menyebabkan ramai wanita gemar berhias dan tampil menarik kerana itu juga cara mereka berasa yakin dan bahagia dengan diri sendiri.

Setiap item kecantikan yang dimiliki oleh golongan wanita ini sebenarnya bukan murah juga tau. Daripada produk penjagaan kulit seperti pencuci muka dan sunscreen, sampailah ke barangan solekan seperti gincu dan bedak, semuanya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.

Tambahan pula dengan alatan solek seperti berus makeup dan yang paling popular ialah beauty blender yang hampir semua wanita pasti memiliki sekurang-kurangnya satu. Hal ini kerana tanpa beauty blender, ia ibarat tidak lengkap bagi kaum wanita untuk menjalankan rutin dandanan mereka.

Tapi dalam masa yang sama, memang tidak dinafikan bahawa ramai golongan wanita malas nak cuci beauty blender dan berus solek yang lain hanya kerana kita tak nampak kekotoran tersebut. Padahal sebenarnya, kuman sudah pun membina ‘sarang’ pada beauty blender dan berus solek tanpa kita sedar.

Walaupun beauty blender ini boleh digunakan berulang kali, ia tetap tidak elok untuk dibiarkan tidak dicuci dalam tempoh yang lama. Jadi, berikut 5 sebab utama betapa pentingnya membersihkan alatan solek setiap kali digunakan.

Artikel Berkaitan: Idola Korea & Selebriti Tempatan Meriahkan Pelancaran Serum Terbaru NIVEA, Kulit ‘Glowing’ Dalam Masa 3 Hari! – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: “Dia suka bersolek, berpenampilan kemas” – Dikritik Gayakan Anak Macam Orang Dewasa, TikToker Tampil Beri Penjelasan – Lobak Merah

1. Kulit muka mudah berjerawat

Untitled design 78

Ramai yang tak sedar bahawa berus solek yang kotor boleh menyebabkan kesan buruk kepada kulit dan ianya bukan sahaja boleh menyebabkan jerawat atau iritasi yang biasa. Penggunaan harian tanpa cuci boleh mengumpul sebum, habuk, sisa kotor dari kawasan sekeliling dan sel kulit boleh mati disebabkan jangkitan bakteria seperti staphylococcus, streptococcus dan E. Coli. 

Biasanya, berus yang digunakan untuk produk serbuk seperti bedak muka lebih mudah untuk dibersihkan berbanding berus untuk produk yang berasaskan krim seperti foundation. Sebab itulah, seeloknya ialah cuci berus foundation atau beauty blender setiap dua hingga tiga hari.

Penggunaan beauty blender yang tidak bersih bukan sahaja boleh mengumpulkan sisa produk sahaja, malah ia boleh menutup liang pori dan merosakkan kulit dalam jangka masa panjang.

2. Elak pencemaran silang (cross-contamination) 

Untitled design 77

Beauty blender yang kotor juga boleh mencemarkan produk solekan yang lain seperti bedak, pemerah pipi (pemerah pipi) dan foundation.

Kuman dan bakteria daripada beauty blender yang kotor akan terus berpindah ke produk lain pula setiap kali digunakan. Elok-elok produk lain asalnya bersih boleh jadi kotor hanya disebabkan penggunaan beauty blender yang sama untuk semua produk.

Jadi dengan membersihkan alatan solek, ia bukan saja menjaga kebersihan peralatan solek tersebut sahaja, malah dapat memastikan semua produk harian kekal bersih, selamat dan boleh tahan lama.

3. Baik untuk kebersihan dan kesihatan kulit 

Untitled design 79

Menjaga kebersihan alat solek adalah sebahagian penting dalam rutin penjagaan kulit mingguan. Setiap berus solek, beauty blender, span dan alatan lain yang digunakan setiap hari wajib untuk dicuci secara kerap.

Selain itu, peralatan kecil seperti getah rambut, berus bulu mata, alat cabut bulu kening serta jangan lupa bahagian beg solek korang juga. Semua ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan kulit berada dalam keadaan yang sihat, bersih dan bebas daripada segala kuman.

4. Elak pembaziran dengan panjangkan jangka hayat penggunaan barang solek 

Untitled design 81

Membeli set alat solek yang berkualiti sebenarnya adalah satu pelaburan jangka panjang serta ianya bukan item yang murah untuk dipakai buang selalu.

Alat solek ini sama saja seperti membeli pisau dan periuk dapur di mana kita inginkan penggunaan barangan tersebut dipakai dalam tempoh yang lama. Namun, tanpa penjagaan dan pembersihan yang betul, alat solek ini juga boleh cepat rosak sampaikan kita tidak lagi boleh mendapatkan tekstur asalnya.

Dengan cara penyucian dan penyimpanan yang betul, sudah tentu korang boleh jimatkan wang tanpa perlu kerap membeli yang baru. Korbanlah masa yang ada dengan membasuh segala alat solek korang demi memperlihara wang poket.

5. Menjejaskan kualiti hasil solekan 

cakey makeup

Selain memberi kesan negatif kepada kulit, beauty blender yang tidak bersih boleh menjejaskan hasil solekan seseorang itu. Tak kiralah produk berus atau beauty blender yang mahal dan berjenama sekalipun, sekiranya ia penuh dengan sisa kekotoran, hasil akhir solekan tidak akan kelihatan kemas dan sempurna.

Pengumpulan sisa kekotoran yang lama boleh mempengaruhi tekstur berus atau beauty blender itu sendiri di samping menjejaskan keupayaannya untuk menyerap dan menyapu foundation dengan sekata. Pendek kata, hasil solekan pada wajah seseorang itu berkemungkinan akan kelihatan bercapuk.

Dengan mencuci beauty blender secara konsisten atau berkala, ia boleh mengembalikan tekstur asal beauty blender tersebut serta hasil solekan juga akan lebih kelihatan halus, sekata dan cantik.

Cara bersihkan alat solek 

Untitled design 83

Langkah pertama ialah dengan membasahkan beauty blender dan berus yang lain di bawah air yang mengalir sehingga ia benar-benar lembap dan lembut. Air ni sebenarnya membantu untuk membuka liang-liang kecil pada span supaya segala sisa solekan boleh dikeluarkan dengan mudah.

Kemudian, titiskan sedikit sabun cecair pada beauty blender dan urut perlahan-lahan supaya sabun meresap ke dalamnya. Langkah ini penting untuk melarutkan segala sisa foundation, minyak dan kotoran yang tersembunyi di bahagian dalam span.

Akhir sekali, bilas span di bawah air bersih sekali lagi sambil memicit perlahan-lahan sehingga tiada lagi sisa sabun yang keluar. Proses ini perlu diulangi sampailah hilangnya air perahan dan biarkan beauty blender dan berus solek kering secara semula jadi di tempat yang mempunyai pengudaraan yang baik.

Penggunaan pengering rambut atau jemur di bawah cahaya matahari adalah tidak digalakkan kerana haba boleh merosakkan teksturnya nanti. Dengan rutin yang mudah ini, diharapkan beauty blender dan berus solek yang lain boleh dikekalkan bersih serta tahan lebih lama dan selamat digunakan pada kulit.

Sumber: Beauty By Ane

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |