syaz ft 2025 10 29T155852.765

Nilai mata wang maya dalam permainan popular Roblox ternyata bukan sembarangan, berdasarkan kadar semasa, satu juta Robux dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

Menurut laman rasmi Roblox, 100 Robux dijual pada harga kira-kira AS$1.25 (sekitar RM5.24), manakala 1,000 Robux berharga AS$12.50 (lebih kurang RM52.36). Ini bermakna, jumlah satu juta Robux bersamaan nilai kira-kira AS$12,500 atau sekitar RM52,362.50.

Artikel berkaitan: “Bagus lagi grafik roblox” – Netizen Tepuk Dahi Lihat Kualiti Filem Animasi Hari Kemerdekaan Indonesia

Artikel berkaitan: Budak 6 Tahun Dik*lar: Polis Tak Tolak Pengaruh ‘Online Game’ Ada Kaitan, Abang Mangsa Dakwa Alami Halusinasi 

image4 1024x576 1

Robux merupakan mata wang maya rasmi dalam permainan tersebut yang digunakan untuk membeli pelbagai barangan digital, termasuk aksesori, pakaian avatar serta item eksklusif lain. Walaupun kelihatan seperti permainan semata-mata, Robux sebenarnya mempunyai nilai ekonomi sebenar.

Sebelum dikenali sebagai Robux, sistem mata dalam Roblox pada awalnya dinamakan “Roblox Point” ketika platform itu dilancarkan pada 2004. Sistem baharu Robux mula diperkenalkan pada 14 Mei 2007 dan kekal digunakan hingga kini.

Robux boleh dibeli melalui aplikasi Roblox atau menerusi pelan langganan Roblox Premium, yang ditawarkan pada harga bermula RM19.90 sebulan untuk 450 Robux hingga RM79.90 sebulan bagi 2,200 Robux. Selain pembelian, pemain juga boleh menjana Robux dengan mencipta permainan atau menjual item digital mereka melalui Roblox Studio.

Baru-baru ini, tular laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Batu Pahat yang cedera di bahagian leher akibat dipercayai bergaduh dengan abangnya kerana kehilangan kira-kira satu juta Robux. Insiden itu menarik perhatian ramai terhadap nilai sebenar mata wang maya ini dan kesannya terhadap pengguna muda.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.