Bapa kepada Muhammad Al Fateh, bayi yang maut akibat kecuaian pihak taska, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim memohon doa orang ramai agar bayi kembar tiga yang baru sahaja dilahirkan isterinya berada dalam keadaan stabil.
Menerusi hantaran yang dikongsi Mohd Fikry, ketiga-tiga bayi kembarnya itu masih berada di NICU Hospital Melaka memandangkan perlu diberi pemantauan penuh susulan berisiko mengalami komplikasi disebabkan kelahiran pramatang.
“Allahu Akbar…Allahu Akbar… Allahu Akbar.
“Saya dan isteri mohon kepada semua untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak triplet kami berdua yang kini masih berada dalam wad NICU/SCN di Hospital Melaka.
“Mereka lahir pramatang pada minggu ke-31 dan terdapat risiko tinggi berlakunya komplikasi bayi pramatang dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar yang merawat mereka,” ujarnya.
Artikel berkaitan: Kehilangan Anak Akibat Kecuaian Taska Tahun Lalu, Pasangan Ini Kini Dikurniakan Kembar 3
Artikel berkaitan: Sultan Pahang Dan Tengku Ampuan Pahang Zahir Ucapan Tahniah Atas Kelahiran Bayi Kembar 3 Mejar Mohd Fikry & Isteri

Dalam pada itu, Mohd Fikry juga berharap agar pihak hospital untuk melakukan prosedur sebaiknya agar tidak berlaku sebarang kecuaian.
Menurut beliau, ketiga-tiga anak perempuannya itu perlu berada di NICU sehingga cukup minggu ke-35.
“Walau apapun yang berlaku kami pasrah dan redha dengan segala ujian, segala ketentuan dan perancangan Allah SWT adalah yang terbaik buat kami.
“Doakan kami kuat,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan telah berkongsi khabar gembira atas kelahiran kembar tiga selepas setahun anak lelakinya meninggal dunia di taska.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Dalam satu temu bual bersama Kosmo!, Mohd Fikry menyatakan kerinduannya kepada anak sulung terubat dengan kehadiran tiga anak kembar perempuan apabila ketiga-tiganya memiliki iras yang sangat mirip dengan arwah.
Sumber: Facebook

6 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















