Polis tidak menolak kemungkinan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera dikelar di leher baru-baru ini, mempunyai kaitan dengan pengaruh permainan dalam talian.
Menurut kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, kejadian berlaku pada Isnin lalu di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Batu Pahat yang mana mangsa ditemui dengan kesan kelar di leher serta luka tikaman pada badannya.
Pihaknya memaklumkan menerusi siasatan awal, kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak terbabit berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun.
“Bagaimanapun motif kejadian masih lagi dalam siasatan. Tetapi ada kemungkinan ada kaitan di mana abang mangsa mempunyai satu aplikasi permainan di dalam telefon pintarnya,” katanya.
Artikel berkaitan: Terdapat Percanggahan Maklumat, Ibu Bapa Kanak-kanak Dik*lar Kena Reman

Pengaruh ‘online game’
Ab Rahaman berkata, hasil siasatan awal mendapati abang mangsa bermain permainan dalam talian itu secara berlebihan sehingga berjaya mengumpul hampir sejuta ‘mata’.
Bagaimanapun, mangsa dipercayai telah merosakkan telefon abangnya dan ‘mata’ yang dikumpulkan itu telah hilang.
“Hasil soal siasat yang dibuat terhadap abang mangsa, mungkin ada kesan daripada game, dia mengalami macam halusinasi waktu malam dan seolah-olah disuruh untuk mencederakan ahli keluarganya.
“Dipercayai abang mangsa mengambil sebilah pisau yang ada dalam rumah itu dan mencederakan adiknya sendiri tetapi apa-apa pun dalam hal ini kita masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Setakat ini, polis belum dapat merakamkan kenyataan mangsa kerana dia masih belum pulih sepenuhnya walaupun kini sudah berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan, mangsa dan abangnya kini berada di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana di bawah umur.
Sementara itu, ibu bapa kepada kanak-kanak terbabit direman dua hari bagi membantu siasatan dan kertas siasatan juga telah dirujuk kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro

5 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















