ft alha

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai orang lelaki bersolek dilihat sedang hangat diperkatakan di media sosial, ia susulan teguran seorang lelaki terhadap seorang individu yang kerap mengenakan solekan sehingga menyerupai wanita.

Disebabkan itu, nama jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa turut terkena tempias tersebut, disebabkan itu beliau yang juga pengasas kosmetik untuk solekan tampil menepis kecaman yang diberikan.

Artikel berkaitan : “Dia suka bersolek, berpenampilan kemas” – Dikritik Gayakan Anak Macam Orang Dewasa, TikToker Tampil Beri Penjelasan

Artikel berkaitan : Wanita Diarahkan Buang Makeup Lepas Imbasan Imigresen Gagal Kenal Pasti Rupanya

“Tak pernah lagi saya keluar rumah pakai eye shadow”

Tegas Alha Alfa menerusi Threads miliknya, beliau bukanlah manusia yang mengenakan solekan sepanjang masa dan tidak sama sekali bersolek untuk menjalani kehidupan hariannya. Jelasnya, solekan yang dikenakan hanya minimal dan jika ada perkara-perkara penting yang melibatkan penggambaran sahaja.

Tegasnya lagi, memandangkan dirinya seorang jurusolek dan usahawan produk solekan, apa yang dikongsikan menerusi videonya selama ini hanyalah ilmu pengetahuan dan teknik-teknik solekan untuk pelanggan yang membeli produknya.

Dalam pada itu, Alha Alfa juga memberikan respon sinis terhadap netizen yang dikatakan memperlekehkannya menghasilkan produk solekan, kerana kebanyakan jenama terkenal produk solekan ini diasaskan oleh lelaki.

Menjengah ke ruangan komen, ada di kalangan netizen juga mendakwa Datuk Alha Alfa bukanlah individu yang gemar bersolek.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.