Terdapat Percanggahan Maklumat, Ibu Bapa Kanak-kanak Dik*lar Kena Reman

6 hours ago 5

Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini telah menjatuhkan tahanan reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki yang lehernya dikelar menggunakan pisau selama 2 hari bagi membantu siasatan berhubung insiden terbabit.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurasidah A Rahman bermula hari ini sehingga esok degan tujuan membolehkan polis menjalankan siasatan lebih lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel berkaitan : Pemilik Kedai Telefon Bimbit Berdepan Detik Cemas Leher Nyaris Dikelar Wanita Myanmar

Artikel berkaitan : “Terdapat kesan kelar” – Dua Mayat Dalam Longkang Rupanya Ibu & Anak, Bapa Ditahan

Ada percanggahan maklumat

Screenshot 2025 10 29 120813

Sebelum ini, pasangan tersebut tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.30 pagi sebelum dibawa masuk ke dalam mahkamah untuk prosiding reman.

Mereka berdua telah ditahan pada 4 petang semalam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk membantu polis melengkapkan siasatan.

Sementara itu, peguam yang mewakili suspek, Muhamad Izwan Ishak berkata, dalam prosiding tersebut, pegawai penyiasat memberitahu reman diperlukan untuk polis merekodkan percakapan mereka berdua.

Katanya lagi, ia penting kerana terdapat maklumat daripada kanak-kanak (mangsa) yang mendakwa ada pembabitan kedua-dua suspekyang  sekali gus memerlukan siasatan lanjut.

“Selain itu terdapat percanggahan maklumat antara kedua-dua suspek yang mana memerlukan siasatan lebih terperinci daripada pihak polis.”

“Arahan tahan reman juga dibuat untuk menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) bagi mengambil kedua-dua anak suspek untuk diletakkan bawah jagaan sementara.”

“Selanjutnya adalah mengesan pembabitan suspek ataupun kewujudan unsur lain jenayah lain dalam kes ini.”

Sebelum ini, kira-kira jam 5.30 pagi Isnin lalu, mangsa berusia 6 tahun ditemukan dalam keadaan parah selepas leher sebelah kanan dikelar menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dilaporkan berkata, siasatan dijalankan sebaik pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 41 tahun pada pagi hari kejadian.

Menurutnya, wanita tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya mengalami kecederaan parah di leher dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |