Awal pagi ini, negara Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 magnitud berlaku di timur Rusia.
Gempa yang menggegarkan luar Semenanjung Kamchatka, Rusia itu juga mencetuskan arahan pemindahan di sebahagian besar pantai timur Jepun.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gelombang tsunami pertama setinggi kira-kira 30 sentimeter sudah tiba di Nemuro, pesisir timur Hokaido. NHK pula melaporkan gelombang susulan berkemungkinan jauh lebih tinggi.
Artikel berkaitan: “Gegaran 20-30 saat” – Rakyat Malaysia Cerita Keadaan Terkini Selepas Gempa Bumi Di Jepun
Artikel berkaitan: [VIDEO] Jepun Dilanda Gempa Bumi, Lelaki Kongsi Keadaan Penduduk Masih Tenang Semasa Kejadian
Tular rakaman ikan paus terdampar di Jepun
Walau bagaimanapun, terkini tular di media sosial rakaman dari siaran televisyen Jepun memaparkan sekurang-kurangnya empat ikan paus dilihat terdampar sepanjang pesisir pantai di Jepun, beberapa jam selepas gempa bumi berkenaan.
Orang awam juga dilihat berkumpul di atas bangunan di Hokaido, Jepun sebagai langkah berjaga-jaga susulan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Selain Jepun, gempa kuat di Rusia ini juga menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di Hawaii dan Alaska.
At least 4 whales have washed up along the coast of Japan, hours after 8.8 earthquake
Civilians seen on top of building in Hokkaido, Japan amid tsunami warning.
Tsunami Warning ⚠️ Russia, Alaska, Hawaii, Japan #earthquake #tsunami #Russia #Japan #Hawaii #Alaska pic.twitter.com/3BhfkszQjz
— Sumit (@SumitHansd) July 30, 2025
Rakaman berkenaan ternyata menimbulkan rasa gusar di kalangan netizen yang mendoakan agar tiada perkara buruk yang berlaku.