syaz ft 2025 10 07T123553.284

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan beliau memandang serius Alasan Penghakiman yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.

Menurut Hannah, kenyataan yang terkandung dalam dokumen setebal 19 muka surat itu amat serius dan boleh menjejaskan imej negara.

Artikel berkaitan: Isu Pendedahan Asal Usul Sebenar 7 Pemain Warisan Oleh FIFA, FAM Anggap Dakwaan Tidak Tepat & Tidak Adil

Artikel berkaitan: Dokumen Palsu: FAM Bakal Lantik Peguam Antarabangsa Hadapi FIFA

Beliau menjelaskan, terdapat banyak perkara yang perlu diperbaiki berdasarkan penemuan dan kenyataan yang dinyatakan oleh FIFA dalam laporan tersebut.

h8

“Walaupun FAM telah keluarkan kenyataan mereka kata ada kesilapan teknikal, kesilapan oleh kakitangan mereka. Semua itu perlukan penambahbaikan kerana kenyataan 19 muka surat itu adalah kenyataan oleh FIFA yang sangat serius, yang menjejaskan imej negara.

Saya juga faham semua peminat bola sepak tanah air semestinya marah, rasa kecewa dan mahukan penambahbaikan,” katanya.

Dalam masa sama, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kekal dengan pendirian untuk menunggu proses rayuan selesai sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“FAM kena habiskan proses rayuan ini, lengkapkan proses rayuan ini sebelum apa-apa kenyataan khas yang kita nak umumkan…kerana proses rayuan belum selesai.

Selepas Grounds of Judgement saya difahamkan FAM kena mengumumkan hasrat mereka untuk merayu dalam masa tiga hari dan kemudiannya lima hari untuk memfailkan rayuan mereka,” katanya lagi.

Beliau dalam masa sama turut menyeru agar peminat bola sepak tanah air terus memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang akan berdepan Laos dalam dua perlawanan Kumpulan F di Vientiane pada Khamis ini dan di Kuala Lumpur pada Selasa depan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.