syaz ft 2025 10 07T150108.565

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengkritik aktivis iklim, Greta Thunberg dengan mendakwa gadis itu mempunyai ‘masalah menguruskan kemarahan’ dan sepatutnya berjumpa doktor.

Beliau membuat kenyataan itu susulan penahanan Thunberg oleh tentera Israel, ketika aktivis berkenaan menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Artikel berkaitan: Aktivis & Sekutu Rapat Donald Trump, Charlie Kirk Maut Dit*mbak Di Utah

Artikel berkaitan: “Ini keputusan Netanyanhu, bukan saya” –  Donald Trump Nafi Terlibat Dalam Serangan Di Qatar

Trump turut menyifatkan Thunberg sebagai ‘pembuat masalah’ dan meluahkan rasa terkejut kerana gadis muda itu kelihatan baran.

BREAKING: Trump on Greta Thunberg:

She is just a troublemaker, she has an anger management problem.

She should see a doctor. pic.twitter.com/bLyiujq7Ia

— Sulaiman Ahmed (@ShaykhSulaiman_) October 6, 2025

“Dia (Greta Thunberg) cuma pembuat masalah, dia bukan lagi perjuangkan alam sekitar sekarang.

Dia pembuat masalah. Dia ada masalah menguruskan kemarahan. Saya rasa dia patut jumpa doktor. Pernah tengok dia? Dia masih muda, tapi sangat marah, sangat gila,” kata Trump.

Menurut laporan Al Jazeera, aktivis Sweden itu telah tiba di Greece bersama 160 lagi peserta GSF selepas dibebaskan dari tahanan Israel.

Sebelum ini, Kementerian Luar Israel pada Ahad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa Greta Thunberg dan aktivis lain yang ditahan daripada flotila menuju ke Gaza telah dianiaya dalam penjara, sambil menyifatkan laporan tersebut sebagai ‘pembohongan berani’ dan menegaskan bahawa ‘semua hak undang-undang tahanan dipelihara sepenuhnya’.

Sumber: X, NDTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.