“Mana yang lagi barai?” – Musim Influenza Kembali, Doktor Kongsi Beza Influenza A & B

13 hours ago 4

Kalau korang perasan, ketika ini berlaku peningkatan jangkitan virus influenza apabila ramai yang mengadu bergejala dan positif selepas melakukan ujian di hospital atau klinik.

Influenza, atau sering disebut sebagai flu, adalah penyakit pernafasan berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza.

Memetik sumber Hello Doktor, terdapat empat jenis virus influenza yang dikesan iaitu, A, B, C dan D. Namun, influenza A & B adalah dua jenis influenza yang sering menyebabkan jangkitan wabak hampir setiap tahun.

Antara simptom biasa dikaitkan dengan influenza ialah demam, gejala pernafasan seperti sesak nafas, hidung berair atau tersumbat dan tekak yang sangat sakit.

Artikel berkaitan: Ramai Alami Batuk & Selsema, Ini 3 Fakta Tentang Influenza Yang Korang Kena Tahu

Artikel berkaitan: “Tuhan balas cash depan mata” – Bos Tak Bagi Staf Cuti Sebab Anak Kena Influenza, Sekali Anak Sendiri Pun Kena!

Beza influenza A & B

Mengenai perbezaan influenza A & B pula, menurut perkongsian Dr Zul di TikTok, influenza A adalah jangkitan yang mudah merebak dalam kalangan manusia dan haiwan.

Hal ini disebabkan sifat genetiknya yang berpotensi berubah dengan cepat dan mudah tersebar dalam komuniti.

“Versi influenza ini lagi sakit, barai, kopak. Dia (influenza) ini juga senang sangat bermutasi dengan cepat dan banyak strain.

“Jadi, korang kena faham bila pesakit kena influenza A, mengapa mereka sangat barai,” ujarnya.

Manakala influenza B pula, biasanya hanya menjangkiti manusia. Virus Influenza B memiliki variasi genetik yang lebih terbatas berbanding dengan A.

Virus influenza B terbahagi kepada dua kelompok utama yang dikenali sebagai Yamagata dan Victoria.

@mediczul

A or B? Which on is worse? #influenza #medical #gp #mediczul #virus

♬ original sound – Vitamin-Z | Medical Doctor – Vitamin-Z | Medical Doctor

Melihat trend peningkatan jangkitan ini, Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai untuk mengamalkan langkah kesihatan kendiri seperti menjaga kebersihan diri, tidak berkongsi peralatan peribadi, serta mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul.

Mereka yang bergejala disarankan berehat di rumah dan mengelakkan berada di tempat awam, dan sekiranya perlu keluar individu bergejala digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Sumber: Hello Doktor, TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |