“Dia nampak baik” – Donald Trump Pertimbang Untuk Bantu P.Diddy Bebas Hukuman Penjara

13 hours ago 5

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendedahkan bahawa penyanyi rap P.Diddy ada memohon pengampunan daripadanya sejurus sahaja dia dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah New York.

Perkara itu didedahkan kepada seorang wartawan yang dikenali sebagai Jake Sherman dalam satu temu ramah di White House apabila ditanya mengenai mogul muzik itu yang dijatuhkan hukuman penjara 4 tahun atas kes pelacuran pada 3 Oktober lalu.

Artikel berkaitan : P Diddy Bebas Daripada 3 Pertuduhan S*ks & Konspirasi Jenayah Terancang

Artikel berkaitan : Berparti Sakan Atas Kapal Masa Bapa Di Penjara, Anak-anak P.Diddy Dikecam Tak Sensitif

Mungkin akan berikan pengampunan sebab pernah rapat dan nampak baik

Screenshot 2025 10 07 160101

Dalam pada itu, Trump turut menyatakan bahawa berkemungkinan beliau akan memberikan pengampunan terhadap penyanyi lagi Last Night itu.

“Diddy telah meminta saya untuk pengampunan. Mungkin, saya pernah rapat dengannya dulu. Hubungan kami baik. Dia juga nampak seperti orang yang baik. Saya tak kenal dia dengan dekat. Tapi ketika saya bertanding, dia agak bengis.”

Pada 3 Oktober lalu, pemilik nama sebenar Sean John Combs, 55 telah dijatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun bersertakan dengan denda sebanyak AS$500,000 (RM2.35 juta) atas kesalahan membawa dua bekas teman wanitanya ke luar negeri untuk tujuan pelacuran.

Hakim Persekutuan Arun Subramanian menyatakan bahawa Diddy telah menyalahgunakan pengaruhnya sebagai seorang selebriti untuk memperhambakan dua orang bekas teman wanitanya iaitu Cassandra Ventura dan seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Jane.

Oleh itu, peguam Diddy iaitu Marc Agnifilo and Brian Steel ada merancang untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu dengan alasan bahawa terdapat unsur tidak konsisten dalam keputusan juri dan kenyataan hakim sepanjang perbicaraan.

Screenshot 2025 10 07 155411

Mereka turut memberitahu ketika bercakap di luar mahkamah pada Jumaat lalu mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Julai lalu, juri yang terdiri daripada 12 warga New York mendapati Diddy tidak bersalah atas tuduhan pemerdagangan seks dan kegiatan jenayah terancang yang boleh disabitkan hukuman penjara seumur hidup.

P. Diddy sebelum ini ditahan pihak polis di sebuah hotel di Manhattan, Amerika Syarikat pada 16 September 2024.

Mahkamah Persekutuan New York kemudian telah menolak permohonan ikat jamin terhadap Diddy, sebaliknya memerintahkan penyanyi itu ditahan di penjara sementara menanti perbicaraan kes tersebut.

Sumber : mirror.co.uk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |