ft musa nuwayri

Pengasas Cinta Salam Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menyangkal dakwaan segelintir pihak yang anggap bahawa para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai hero atau mahu raih populariti.

Beliau membuat satu kenyataan bagi mengelakkan tanggapan salah terhadap tujuan sebenar misi kemanusiaan itu.

Artikel berkaitan : Gelombang Ketiga Flotila Kini Dalam Perjalanan Ke Gaza, Apa Beza Dengan Dua Misi Sebelumnya?

Artikel berkaitan : Gelombang Kedua Misi Kemanusiaan, 11 Lagi Kapal Sedang Belayar Ke Gaza?

Rancang nak balik senyap-senyap tapi terbocor

Menerusi perkongsian di Threads, Musa turut memberikan peringatan bahawa dalam perhimpunan yang bakal dijalankan di Axiata Arena nanti, ia bukanlah untuk menyambut mereka tetapi untuk mereka yang di Gaza.

Di samping itu, Musa turut menegaskan bahawa dia bersama aktivis GSF yang lain telah bersepakat untuk tidak menguar-uarkan kepulangan mereka namun malangnya maklumat tersebut telah terbocor.

Ia membuatkan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby menukar rancangan untuk meraikan mereka yang ingin datang dan delegasi juga tidak boleh keluar mengikut pintu belakang.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kesemua aktivitis yang menyertai misi kemanusiaan itu bukanlah untuk dikenali tetapi untuk menyedarkan orang ramai bahawa keadaan di Palestin kini sudah semakin kritikal.

Sebelum ini, orang ramai berkerumun ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bagi meraikan 23 sukarelawan GSF selamat tiba pada jam 10.07 malam tadi, ia selepas tular penahanan ahli GSF ini selama tiga hari oleh rejim Zionis Israel.

Sumber : Threads 1, Threads 2, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.