Tular sejak semalam satu video yang memaparkan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu yang memaparkan pelekat bertulisan bahasa rasmi Israel, Hebrew yang membawa maksud “Malaysia di tangan kami” mengundang perhatian ramai.
Susulan itu, pihak polis difahamkan telah membuka kertas siasatan berhubung isu itu dan mendapati kenderaan itu didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan perkara itu sekitar jam 3.32 petang semalam daripada seorang lelaki yang juga pegawai khas agama kepada Ketua Menteri Melaka.
@manapmoskoriAku ternampak sesuatu petang tadi, on the way nak balik rumah. Dekat Melaka k, bukan KL. Word / bahasa tu nampak pelik. Isewel punya kan? Chatgpt pun validate it is. Provocation? 82oo? Takkan nak buat bergurau kan? #melaka #isewell
♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo
Pengadu membuat laporan selepas melihat video berdurasi 14 saat yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Isuzu dipasang pelekat bertulisan Hebrew di bahagian badan kenderaan terbabit.
“Siasatan awal mendapati tulisan terbabit membawa maksud ‘Malaysia adalah rumah kita/ Malaysia di tangan kami’ dan kenderaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Gemencheh, Negeri Sembilan.
“Susulan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketakutan atau kegentaran awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel berkaitan: “Malaysia rumah kami” – Pelekat Tulisan Hebrew Di Kereta Timbulkan Kekecohan Netizen
Menurutnya lagi, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan telekomunikasi.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penyebaran video itu dan menyerahkan isu ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara telus.
Polis akan memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terjamin,” katanya.
Terdahulu, video berdurasi 14 saat itu telah menimbulkan kegusaran ramai dengan netizen mempersoalkan tindakan pemandu kenderaan itu yang disifatkan cuba melakukan provokasi.
Sumber: Buletin TV3