ft ardell

Dilihat warganet kini tertumpu kepada kisah salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla, Ardell Aryana yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan serta difahamkan menjadi mangsa buli fizikal tentera Israel semasa ditahan.

Bukan itu sahaja, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin juga sahkan yang dia mengalami kecederaan akibat serangan yang dilakukan secara fizikal oleh tentera rejim itu.

Artikel berkaitan : “Korang dapat apa-apa update wife saya tak?” – Nadzmi Adhwa Luah Cemas, Belum Dapat Khabar Berita Ardell Aryana

Artikel berkaitan : :Tapi yang paling kuat semangat”- Peserta GSF Dedah Sukaralewan Malaysia Paling Teruk ‘Kena’ Dengan Israel

Anak pun kena ‘aim’

Screenshot 2025 10 07 121717

Katanya kepada sumber, pelakon yang berusia 35 tahun itu mengalami muka lebam, rambut direntap dan tisu lembut di bahagian bahu terkoyak.

“Dalam pertemuan dengan doktor tadi, doktor sahkan soft tissue bahu koyak, muka lebam dan rambut direntap.”

Jelasnya, laporan kesihatan itu akan dibawa pulang ke Malaysia untuk didokumentasikan dan diserahkan kepada peguam dan Sumud Nusantara Operation Center bagi tindakan lanjut.

Jelasnya Ardell lagi, dia turut berdepan dengan detik cemas apabila tudungnya direntap sehinggakan rambutnya tercabut dan ia disertai dengan sorakan beramai-ramai askar Israel dengan tujuan untuk memalukannya.

Screenshot 2025 10 07 121739

“Saya pun tidak faham kenapa menjadi sasaran, tetapi mungkin sebab saya paling rajin buat live, dan live SOS diikuti ramai.”

Bahkan mereka juga menjadikan anaknya sebagai subjek ugutan untuk membunuh mereka jika Ardell enggan patuh perintah mereka semasa ditahan.

Baru-baru ini, dikhabarkan bahawa kesemua aktivis GSF dari Malaysia dijangka akan tiba ke tanah air pada malam ini.

Sumber : Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.